Header Ads

Israel Gerun...Lautan penduduk Gaza Iringi jenazah Dr.Fadi

loading...
Israel Gerun...Lautan penduduk Gaza Iringi jenazah Dr.Fadi




JENAZAH Imam Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang diterbangkan ke Kaherah, Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selamat tiba di Gaza, Palestin, pada 10.40 malam tadi waktu Malaysia.

Difahamkan, jenazah Allahyarham diterbangkan ke Kaherah dengan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines pada 7.30 malam tadi sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.




Ketua Pegawai Ekssekutif, Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, perjalanan membawa jenazah Fadi itu mengambil masa kira-kira 12 jam untuk sampai ke destinasi setelah tiba di Kaherah, Mesir 10 pagi semalam.
disambut oleh presiden hamas...satu penghormatan..


“Syukur, perjalanan membawa jenazah Allahyarham bersama isteri dan anak-anak selamat sampai… setiba di sana, seluruh keluarga Fadi datang menyambut jenazah di kampungnya,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Enas Albatsh, 31 dan dua anak perempuan, Doaa, 6, Aseel, 4 dan seorang anak lelaki, Mohamad, yang berusia setahun.

Dalam pada itu, seorang sukarelawan MyCare yang ditugaskan menemani jenazah dan keluarga, Farisul Islam menceritakan detik sedih ketika perjalanan menuju Gaza, antaranya apabila anak-anak arwah sering bertanya mengenai arwah sepanjang perjalanan dan tidak mengetahui perkara yang terjadi.
Takkan jumpa mayat yang sudah 10 das tembakan menembusi...masih dihiasi senyum manis kecuali AS SYAHID



“Anak-anak arwah sering bertanya di mana ayah mereka dan sepanjang perjalanan menuju ke Gaza, anak bongsu arwah, Muhammad, tidur di dakapan saya dan juga seorang penumpang lelaki yang menaiki penerbangan yang sama kerana rindukan ayahnya.

“Ia mungkin disebabkan Muhammad tidak mengetahui ayahnya telah syahid dan menunggunya di Syurga,” katanya.

Sabtu lalu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi, Fadi yang juga imam dari Palestin ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh

AF05154650_cropped_1524784369.jpg

JENAZAH Pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI ), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, selamat dikebumikan di Masjid Umari di Jabalia, utara Gaza selepas solat maghrib malam tadi(waktu tempatan).

Jenazah dilaporkan tiba di Gaza pada 5.30 petang (11.30 malam Malaysia) dan disambut ahli keluarga dan ribuan penduduk gaza.

Satu-satunya rakyat Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman berkata, kawasan masjid berkenaan dipenuhi ahli keluarga Fadi dan penduduk sekitar.

“Ribuan memenuhi kawasan ini dan dia (arwah) disambut bagaikan wira,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, ahli keluarga arwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua pihak terbabit yang membantu memudahkan urusan membawa pulang jenazah Fadi ke kampung halamannya.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kaherah sebelum menempuh perjalanan hampir enam jam untuk tiba di Rafah.

Dalam kejadian di Setapak kira-kira 6 pagi Sabtu lalu, Fadi ditembak dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke surau untuk mengerjakan solat subuh.

Suspek sudah dikenal pasti pihak berkuasa dan usaha mengesan mereka yang dipercayai masih berada dalam negara sedang giat dijalankan.
Lihat Video :

Jenazah Dr Fadi tiba untuk disembahyangkan

Sumber : hmetro
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.