Breaking News

Hantu kebaya merah ,Ini kata Polis

Loading...
loading...
Hantu kebaya merah ,Ini kata Polis

Polis menyifatkan rakaman video usikan 'hantu' berkebaya merah yang dikatakan dirakam di Kulim sebagai perbuatan nakal untuk menakutkan-nakutkan pengguna jalan raya.
"Kami mendapati video yang dirakam itu lebih kepada perbuatan individu atau kumpulan nakal yang bertujuan untuk menakutkan pengguna jalan raya di kawasan itu terutama di waktu malam,” kata Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar seperti dilaporkan Harian Metro.
"Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti ‘hantu pocong’ untuk menakutkan orang ramai terutama kanak-kanak melalui jalan di kawasan itu."
Katanya, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu mahupun paparan media sosial WhatsApp oleh pihak yang bertanggungjawab.
Video kira-kira seminit yang seperti dirakam kamera keselamatan kereta itu memaparkan seorang wanita berkebaya merah muncul beberapa kali di jalan raya walaupun sudah jauh ditinggalkan.

Tiada ulasan

jerit kat sini