6 Perkara Menarik Tentang Baby Datuk Siti Nurhaliza

6 Perkara Menarik Tentang Baby Datuk Siti Nurhaliza

Loading...
6 Perkara Menarik Tentang Baby Datuk Siti Nurhaliza

Tahniah kami ucapkan buat Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi, semalam.
Apa yang pasti, ramai yang teruja dengan berita itu dan tak sabar untuk melihat wajah si comel tersebut.
Baru saja sehari di lahirkan, si comel pipi merah kesayangan Datuk Siti dan Datuk K dah jadi popular. Kami ingin kongsikan 7 perkara tentang baby Datuk Siti Nurhaliza yang anda kena tahu.

1. Bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan

Umum mengetahui bayi yang dikandung oleh Datuk Siti menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF). Di atas nasihat doktor, selain faktor usia, bayi tersebut biasanya dilahirkan secara pembedahan.

2. Memilih hari Isnin untuk kelahiran baby

Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad, selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

3. Datuk K dah lama menantikan anak perempuan

Menurut Datuk K, beliau kini memiliki 4 anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu. Beliau sebenarnya sudah lama menantikan kehadiran anak perempuan.

4. Nama baby masih dirahsiakan, tapi ada nama timangan

Menurut Datuk Siti dan suami, untuk seminggu ini mereka sepakat untuk memilih nama Fatimah Az-Zahra sebelum nama sebenar diumumkan. Pilihan nama sudah ada dan akan diumumkan di majlis yang akan dianjurkan nanti.

5. Datuk Siti terima ucapan tahniah dari Tun Mahathir

Bukan saja menerima ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat-peminat, malah Datuk Siti juga menerima ucapan istimewa dari bekas perdana menteri, Tun Mahathir dan pemimpin politik, Nurul Izzah.

6. Gambar baby tersebar

Datuk Siti sendiri pernah memberitahu, beliau akan kongsikan wajah bayinya dalam satu majlis khas nanti. Namun individu tersebut yang merupakan jurusolek sambilan tampil membuat permohonan maaf di atas kesilapannya menyebarkan foto tersebut secara tidak sengaja.
Tambah wanita itu, dia tidak tahu bahawa pihak Siti hanya bakal kongsikan wajah anak mereka selepas tujuh hari dilahirkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan