Pelajar Maut Bunuh Diri Ini Luahan Cikgu Viral Yang Buat Ramai SAYU

Pelajar Maut Bunuh Diri Ini Luahan Cikgu Viral Yang Buat Ramai SAYU

Loading...
Pelajar Maut Bunuh Diri Ini Luahan Cikgu Viral Yang Buat Ramai SAYU:


Pelajar Maut Bunuh Diri. Ini Luahan Cikgu Viral Yang Buat Ramai SAYU | Terkini kita digemparkan dengan berita pelajar maut bunuh diri selepas lama bertarung nyawa akibat dituduh mencuri di sekolah. Seorang cikgu tampil beri komen yang buat ramai setuju sayu. Seperti ditulis oleh Cikgu Fadhli Salleh

SATU NEGARA BERSEDIH

Seorang pelajar menggantung dirinya kerana malu dituduh mencuri Iphone milik seorang guru. Dia dikatakan dipukul oleh guru tersebut, dibrain wash dan dipaksa mengaku oleh 4 orang guru, kemudian dicaci dan dihina di dalam kelas.

Dan hari ini, pelajar itu pergi selama-lamanya. Meninggalkan kita dengan pelbagai persoalan, iktibar dan teladan yang perlu kita ambil dengan peristiwa ini.

Khairul Hakimin Muhammad minta aku tulis sesuatu tentang hal ini. Bukan beliau seorang, malah ada lagi beberapa sahabat pm minta perkara yang sama.

REALITI CIKGU DI MALAYSIA

Baiklah. Aku menulis dari kacamata aku. Kacamata seorang guru sekolah rendah yang sudah berkhidmat hampir 13 tahun.

Guru. Cikgu. Ustaz. Sir. Teacher. Madam.

Itu antara gelaran yang diberi kepada mereka yang diberi sijil perguruan sebagai lesen untuk mengajar.

Tugas guru ini mulia. Menyampaikan ilmu, mendekati murid-murid, berhubung terus dengan mereka dalam memberi tunjuk ajar.

Demi Tuhan, tidak terkira banyaknya jasa guru yang tak pernah ibu bapa tahu. Yang berlaku sehari-hari di sekolah, tapi murid tidak ceritakan di rumah.

Namun
Tidak semua yang menjadi guru itu kerana minat mereka. Ada segelintir memilih profesion ini kerana mudah dapat kerja. Mudah pula nak buat pinjaman beli kereta, beli rumah dan sebagainya.
Aku tidak suka berkata hal ini, namun aku terpaksa luahkan juga malam ini.

Ada segelintir guru menjadi guru hanya kerana kerja dan gaji. Langsung tiada jiwa seorang pendidik dalam hatinya.

Aku sebagai seorang manusia pun jelek dengan perangai segelintir guru yang bersikap demikian. Tidak professional dalam menjalankan tugasan.

Paling teruk, ada guru yang menyimpan dendam.

Ada saja beberapa ibu bapa yang tidak setuju, ibu bapa yang kuat mengadu, yang jenis manja dan banyak songeh, anak-anak mereka yang jadi mangsa. Diabaikan, dipulau dan tidak lagi dipeduli.
Ini sikap yang aku benci. Tidak professional dengan kerjaya sendiri.

Umum tahu, aku guru disiplin yang menyokong kuasa merotan dikembalikan pada guru. Aku sokong penuh perihal merotan.

Namun aku tidak setuju itu lesen untuk guru pukul murid suka suki. Bukan lesen kepada guru untuk mendera. Zahir dan batin. Tidak!

MUAK DENGAN CIKGU YANG SUKA TAKUTKAN PELAJAR

Dulu aku pernah menulis. Menulis tentang segelintir guru yang mempergunakan ayat
tidak berkat lawan guru,
guru ini golongan mulia penyampai ilmu,
ulama sangat menghormati golongan guru dan banyak lagi ayat bela diri.
Ayat itu benar. Tapi digunakan untuk menutup kesalahan diri. Hat ni yang salahnya. Mempergunakan untuk melindungi diri. Bacul.

TETAPI..

Murid ditengking bodoh, dipanggil monyet, dimaki hamun depan khalayak, dihempuk dengan buku kat kepala, ditunjal dahi sambil menyumpah seranah, dibaling buku dari tingkat tiga ke bawah hanya kerana tidak tulis hari dan tarikh, dimalukan di depan kelas, di tapak perhimpunan, di bilik guru, di depan semua orang.

Dan bila murid menarik muka, murid tidak senyum padanya, murid menjauhinya, maka dikatakan murid itu biadab. Digunakan ayat tidak berkat lawan guru.
Macam tahi orang macam ni.

Itu penderaan emosi. Benar mereka itu murid kamu, benar mereka itu bodoh dan tak tahu, tapi mereka masih punya perasaan. Masih punya maruah dan harga diri.

Cuba anak kau kena perlaku begitu, macam orang sasau kau amuk.
Penderaan emosi begini jauh lebih teruk dari hukuman fizikal seperti merotan.
Birat dirotan hanya kekal sehari dua, namun emosi yang terluka diingati sampai bila-bila.

AKIBAT DIDERA EMOSI

Hari ini, seorang pelajar akhirnya mati. Bukan sebab dirotan guru, tapi sebab didera secara emosi.
Golongan guru yang dihormatinya, yang dikagumi sekian lama, yang sepatutnya melindungi dia tetapi memilih untuk menuduhnya mencuri. Guru yang disayanginya memilih untuk menuding jari bukannya mempercayai.

Guru yang sepatutnya bertindak sebagai ibu bapa kepadanya melakukan dia bagai musuh. Memalukan dan menyakitinya secara fizikal dan emosi. Hanya kerana dia pelajar yang tidak mampu melawan dan guru itu mulia pekerjaan tidak bermakna dia layak dilayan sebegitu.

Walau penafian dibuat, walau tanpa bukti, murid ini didera secara emosi. Sehingga hancur luluh hatinya, hingga hilang pertimbangan akal remaja dan hari ini; dia pergi buat selama-lamanya.

KES YANG MENYEDIHKAN

1 Februari 2018. Suatu hari yang menyedihkan.
******
Aku menulis malam ini bukan untuk membuka ruang golongan guru untuk dikecam. Malah barangsiapa yang mengecam golongan guru secara umum, aku akan delete komen tersebut.
Aku menulis malam ini untuk kita golongan guru sama-sama fikir dan ambil iktibar.
Pekerjaan kita mulia, itu tiada takwil. Namun tindakan kita sesetengahnya tidak menggambarkan kemuliaan kita.

Sama-sama kita muhasabah diri. Betulkan apa yang tidak kena. Tanamkan kecintaan dan kasih sayang pada profesion ini. Biar terluah dari hati yang jujur dan murni.
Yang salah itu bukan guru.

Yang salah itu adalah individu.

Kecamlah individu tersebut. Marahlah dengan sikap mereka. Bukan marah pada perkerjaan mereka.
Begitulah.

Penulis : Cikgu Fadhli Salleh
Teguran ini ditujukan kepada tubuh badan aku sendiri buat pertamanya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Anak saya pun pernah mengalami situasi sebegini smpi dia perlukan rawatan sebab stress dan kemurungan....sedihnya Allah je yg tahu hati kita sbg ibu ni....x salahkan semua guru...tp disebabkan segelintir guru yg bersikap membuli pelajar...nama seluruh guru juga terpalit.

    BalasPadam
  2. Anak saya juga mengalami situasi yg sama..dibuli guru...mentang2 dia jenis yg tak melawan dan diam. Sehinggakan dia stress dan kemurungan...ckp nk mati...dan perlukan rawatan doktor atas kondisinya. Tak salahkan semua guru..tp disebabkan segelintir yg bersikap begini..nama keseluruhan "guru" terpalit. Hope jgn ada lg kes2 mcm ni....sbg ibu yg menjaga...luluh hati tngk anak kita jd mcm tu....

    BalasPadam

jerit kat sini