Header Ads

Fesyen Sajat Disamakan Dengan Lalat, Ini Responnya

loading...
Fesyen Juara Lagu Sajat Disamakan Dengan Lalat, Ini Responnya


KEHADIRAN pengasas kosmetik, Nur Sajat di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) mendapat perhatian.

Walaupun ramai yang beranggapan Sajat menang gaya  namun rekaan gaun sequein pereka kesayangannya, Gie, menjadi buah mulut ramai.

Ada yang samakan persalinan Sajat seperti lalat hijau.

Sajat ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, dia sedia sedar akan hal tersebut dan sudah pun tengok gambar yang dimaksudkan.

"Ya saya ada tengok juga gambar berkenaan. Tak mengapalah. Biarlah orang nak kata apa pun sebab tak kan lah saya nak marah dengan apa andaian orang

. Tak kisahlah kalau nak labelkan baju kita pakai mamcam lalat ke apa ke. Ada pemikiran sesetengah orang macam terlalu eksotik dan kita tidak boleh sekat fantasi orang," kongsi Sajat jujur.

Apa pun, Sajat mengakui dia positif terhadap segala kecaman dan turut merakamkan rasa terima kasih.

Dalam perkembangan lain, Sajat sedang menantikan tarikh sesuai untuk melancarkan single sulung yang turut menampilkan, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penampilan khas.
Selain itu, bintang viral ini juga akan menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen online tidak lama lagi.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.