Header Ads

Fazura kongsi pengalaman nampak puntianak

loading...
Fazura kongsi pengalaman nampak puntianak

Jika Remy Ishak pernah mendedahkan melalui Twitter yang dia ternampak puntianak ketika berada dalam set penggambaran The Legend Of Pontianak kali ini pelakon utama filem tersebut Nur Fazura turut mengesahkan dia juga melalui pengalaman yang sama.

Jelasnya itu adalah kali pertama untuk dia melihat perkara mistik dan tentunya menjadi pengalaman yang menakutkan buat dirinya.

“Memandangkan kali pertama melihat perkara mistik sebegini memang menakutkan, ketika itu saya sedang makan dengan kru yang lain, dan puntianak itu berada jauh di belakang saya mengenakan pakaian yang sama seperti saya. Rambutnya panjang dilepaskan ke depan.

“Memang banyak kejadian mistik yang berlaku sebenarnya sepanjang penggambaran filem ini. Malah “dia” turut memerhati tetapi tidak mengganggu,” kongsi Fazura ketika ditemui pada majlis tayangan filem Janji Zehan, semalam.

Sementara itu, bercakap mengenai Janji Zehan, Fazura,35, berkata, kisah ini memberi peluang untuk dia mendalami satu lagi budaya baharu.

“Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita.
“Ini juga merupakan kali pertama saya ke Iran, merupakan sebuah negara yang indah,” jelasnya yang memegang watak Zehan itu.

Sementara itu, Janji Zehan mengisahkan tentang percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya.

Filem arahan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez itu juga memberi persepsi baharu buat mereka yang masih tertanya mengenai keselamatan di negara yang kaya dengan panorama indah itu.

Selain Fazura , turut terlibat ialah pelakon dari Iran iaitu Amir Rezazadeh yang menjalani penggambaran sepenuhnya di negara itu termasuk Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 14 Februari ini.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.