Wanita Separuh B0g3l Mati Direbus Hidup-Hidup

Wanita Separuh B0g3l Mati Direbus Hidup-Hidup

Loading...
Wanita Separuh Bogel Mati Direbus Hidup-Hidup




Seorang wanita 21 tahun mati direbus hidup-hidup selepas dia masuk ke dalam tong drum berisi air dalam usaha menyelamatkan diri ketika kebakaran memusnahkan 16 pusat karaoke di Lembah Durian atau Merong di Jalan negara Muara Teweh di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi Rabu itu, wanita itu dikenali sebagai Julia yang dipanggil Yaya sedang tidur bersama rakan sebiliknya, Riena, apabila mereka dikejutkan dengan jeritan memberitahu ada kebakaran,Menurut laporan media di Kalimantan, Julia baru seminggu bekerja sebagai wanita penghibur di pusat karaoke di kawasan itu selepas diajak Riena.

Tanpa membuang masa, Mereka terus bangun dan cuba berlari keluar melalui pintu depan namun api sudah terlalu marak menyebabkan mereka berpatah balik ke pintu belakang, namun juga gagal kerana api turut marak di situ.

Riena kemudian menarik Julia untuk terjun melalui tingkap dapur Julia yang takut, memilih masuk ke dalam tong drum berisi air yang ada di dapur manakala Riena nekad terjun melalui tingkap setinggi empat meter.


Selepas api berjaya dipadam pada 4 pagi, mayat Julia yang hanya memakai baju dan seluar dalam, ditemui dalam tong drum dalam keadaan seperti sudah direbus.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Dalam kes berlainan yang berlaku di Kuala lumpur satu ketika dahulu melibatkan seorang pelacur mati separuh bogel akibat dibunuh

Mayat separuh bogel berusia 31 tahun itu ditemui pada pukul 10.30 malam dalam keadaan tertiarap di atas tilam oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur yang sedang melakukan operasi Ops Noda.

Difahamkan ketika serbuan, terdapat dua lagi pelacur di dalam rumah tersebut yang sedang berbual-bual dengan dua lelaki tempatan di ruang tamu.

Berdasarkan keterangan yang diambil, dua pelacur tersebut merupakan rakan kepada mangsa. Mereka menyangka mangsa hanya tidur di dalam bilik.

Lokasi pelacuran tersebut pernah disiarkan Kosmo! 19 Jun lalu dengan wartawan menyamar sebagai pelanggan bagi mendapatkan khidmat pelacur yang menjual diri mereka depan tandas.

Empat hari kemudian, polis telah melakukan operasi dan dapat menahan seramai lima pelacur warga China.

Salah seorang daripada mereka kemudian bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya akibat geram dengan tindakan jurugambar yang mengambil gambar mereka ketika dibawa untuk perintah tahanan reman.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya percaya mangsa telah dibunuh pelanggannya dalam tempoh 24 jam berdasarkan penemuan kondom yang telah digunakan berdekatan mayat.

perkongsian ini sekadar peringatan kepada kita terutamanya umat islam yang menjadi pelacur atau yang melanggan pelacur bayangkan jika begini anda mati

Catat Ulasan

0 Ulasan