Wanita diasingkan kerana haid, akhirnya mati sesak nafas

Wanita diasingkan kerana haid, akhirnya mati sesak nafas

Loading...
Wanita diasingkan kerana haid, akhirnya mati sesak nafas:




ADAT, budaya atau tradisi. Bagaimanapun, ada di antaranya dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu taksub untuk mengaplikasikan adat, budaya dan tradisi tersebut.

Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal bersendirian membawa padah.

Terbaharu, seorang wanita berusia 21 tahun di kawasan terpencil di Nepal itu ditemui mati dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan bagi memanaskan diri dengan suhu tinggi kampung di pergunungan itu,” katanya pegawai kerajaan Tul Bahadur Kawcha.


Wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Malah, kematian tetap berlaku walaupun pengubal undang-undang tahun lalu menetapkan amalan memaksa wanita keluar dari rumah ketika haid adalah salah.

Di bawah undang-undang, sesiapa yang menguatkuasakan amalan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda $30.


Amalan ini, yang dikenali sebagai Chhaupadi, telah menjadi tumpuan selepas sekurang-kurangnya dua wanita meninggal dunia tahun lalu ketika tidur di bangsal.

Ramai wanita haid masih lagi meninggalkan rumah mereka di bawah tradisi Hindu purba dan berlindung di pondok yang tidak bersih, tidak selamat atau bangsal lembu sehinggalah kitaran bulanan mereka berakhir.

Semasa diasingkan, wanita-wanita ini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau atau serangan haiwan liar selain keadaan yang tidak bersih yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.


Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan kadang-kadang dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau ‘pembawa nasib buruk’.

Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas.
Pengasingan mereka ke ‘pondok haid’ itu juga mengehadkan wanita-wanita muda pergi ke sekolah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini