SERAM! Penampakkan Sesuatu Di Halkum Farid Kamil Yang Menakutkan .. Netizen Mula Buat Spekulasi. Cuba Lihat Dan Apa Yang Anda Nampak ..

SERAM! Penampakkan Sesuatu Di Halkum Farid Kamil Yang Menakutkan .. Netizen Mula Buat Spekulasi. Cuba Lihat Dan Apa Yang Anda Nampak ..

Loading...
SERAM! Penampakkan Sesuatu Di Halkum Farid Kamil Yang Menakutkan .. Netizen Mula Buat Spekulasi. Cuba Lihat Dan Apa Yang Anda Nampak ..
Salah seorang wartawan jurugambar dari Malay Mail mengambil gambar Dato Farid Kamil ketika berada di mahkamah untuk proses reman telah membuat ramai netizen merasa pelik kerana terlihat sesuatu yang berada di halkum Farid Kamil.

Bentuk yang terdapat di tekak Farid Kamil ( halkum ) yang telah ditahan reman atas mengasari anggota polis di dalam Balai Polis dan mencederakan orang awam menyerupai seperti karakter Voldermort di dalam filem Harry Porter.

Sesetengah netizen berdebat bahawa bukan wajah Voldermort yang terbentuk di halkum Farid Kamil tetapi wajah Pengurus kelab bola sepak English Premier League ARSENAL, Arsene Wenger.

“Kenapa ada tengkorak dekat tekak dia? Dia ni “Death Eater” ke? – Komen netizen di dalam Twitter bernama @WhateverFiq. Dia menanyakan soalan ini di dalam salah satu twit Malay Mail yang telah mendapat banyak retweet.

Di dalam novel daripada JK Rowling’s Harry Potter, maksud ‘Death Eaters’ adalah salah sebuah kumpulan ahli sihir yang jahat yang diketuai oleh Voldermort.

Netizen kerap mengatakan bahawa itu adalah karakter dari filem Harry Potter. Salah satu twit yang agak mendapat banyak retweet adalah dari netizen bernama @barteria. Beliau menyebut ” Adakah dia sahaja yang nampak ada muka di halkum Farid Kamil?”

Daripada user bernama @KhairilAnuar, berkata sekiranya kita besarkan gambar itu akan menyerupai Arsene Wenger.

Ada juga netizen yang nampak wajah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di tekak Farid Kamil. Ada juga mengatakan nampak muka Steve Jobs, Pencipta Apple Iphone.

Bila ditanya kepada wartawan Hari Anggara berkenaan isu gambar tersebut, beliau hanya bercakap terhibur dengan keperhatinan netizen terhadap gambar. Dia pun tidak sedar gambar yang beliau ambil ada gambar orang lain.

“Gambar yang diambil memang lain dari yang lain sebab kebetulan dengan adanya ekspresi muka” Hari menjelaskan sebab itu dia menghantar gambar itu daripada puluhan gambar yang diambil pada hari itu.
Sekiranya kita nampak ada wajah seseorang walaupun ia tidak wujud, ini dipanggil sebagai pareidolia. Ramai yang mengecam Farid Kamil tetapi ramai juga yang menyokong Farid Kamil. Salah seorang netizen komen ” Kesian dia, tengok muka dia .. nampak serabut sangat ” – @ezzwanaezwns ” Hilang dah dari pandangan mata saya Farid Kamil seorang yang baik, dia mengingatkan saya kepada seseorang yang amat saya benci “- @aienmohd
Ada netizen yang mengatakan ini semua adalah lakonan semata untuk mempromosikan filem aksi samada gangster atau filem ganas. Ini adalah salah satu lakonan sahaja. Ini dikongsi oleh salah seorang pengguna twitter @fakrul07

@imLuq juga mengatakan dia tidak percaya ini artis Malaysia dan mesti Farid Kamil sedang promosi filem.

Sayangnya, semua ini bukan lakonan dan apa yang telah terjadi benar benar berlaku dan Farid Kamil sedang menjalani tahanan reman di dalam lokap Balai Polis. Farid Kamil direman selama 4 hari di atas tuduhan Seksen 15(1)(a) atas mempunyai dadah dan di dalam Akta Polis Seksyen (90) tahun 1996 atas membuat kecoh di dalam Balai Polis

Farid Kamil juga akan didakwa kerana mencederakan anggota polis dengan sengaja di bawah Akta Penal Code Seksyen 323 dan 353.

SUMBER : Malay Mail Online

Catat Ulasan

0 Ulasan