Loading...
Taj Mahal....Adakah ia benar-benar cantik? Seperti Ini?
Jadi ia hanyalah sebuah bangunan cantik?
ANDA ingin melawat Taj Mahal? Maklumat ini mungkin membantu melancarkan perjalanan anda.
Ya. Lokasi ini mempunyai simetri sempurna yang entah bagaimana mampu menyentuh emosi. Ia mengusik jiwa dan membuatkan anda berasa aman. Anda mungkin akan menangis dan jika itu berlaku, jangan bimbang kerana orang lain juga mempunyai perasaan yang sama.
Lupakan tanggapan salah Taj Mahal bahawa ia adalah sebuah bangunan putih kerana ia sebenarnya berwarna-warni.
Batuannya diukir dengan bentuk geometri dan tulisan kaligrafi artistik.
Kubah marmar berbentuk bawang besar di bahagian tengah bercahaya di bawah sinar matahari, manakala empat menara putih di setiap sisi mencetuskan keseimbangan dan keharmonian ideal.
-foto dreamstime.com
Tidak. Taj Mahal dibina pada tahun 1631 untuk isteri kesayangan Shah Jahan, Mumtaz Mahal. Dia meninggal dunia semasa melahirkan anak. Ini adalah sebuah monumen cinta agung.
Mengapa perlu datang dua kali?
Taj Mahal kelihatan sepenuhnya berbeza dengan perubahan cahaya. Ia berwarna putih-keperakan atau merah jambu pudar pada waktu subuh. Apabila matahari terbenam, ia berubah menjadi warna kuning.
-foto dreamstime.com
Auranya juga berbeza. Pelawat berada di sini pada waktu pagi untuk melihat makam dan merakamkan gambar. Menjelang matahari terbenam, ia masih sibuk tetapi situasinya lebih santai seperti perayaan. Lebih ramai pengunjung dari India pada waktu ini.
Di manakah saya boleh mengambil foto terbaik?
-foto dreamstime.com
Bangku marmar 'Diana bench' tempat di mana Puteri Wales merakamkan gambar yang terkenal pada 1992 adalah tempat yang baik untuk bergambar. Ramai orang akan mengambil gambar kolam menuju ke makam dari pintu masuk.
Berjalanlah sekitar kawasan ini untuk mendapatkan sudut luar biasa, seperti refleksi bangunan di salah satu kolam.
Boleh masuk dalam tak?
-foto dreamstime.com
Ya. Pakai kasut kertas yang disediakan atau tanpa memakai kasut. Makam Shah dan isterinya adalah privasi dan terletak di bawah tanah.
Makam Shah Jahan di Taj Mahal (Wikipedia)
Segala-galanya dihiasi dengan bunga-bunga kecil dan anggur halus yang diperbuat daripada batu berwarna-warni.
Ketukangannya adalah luar biasa. Ia cantik tetapi tidak dibenarkan mangambil foto dan jika anda cuba melakukannya, pengawal akan meniup wisel dan memarahi anda.
Bila saya perlu sampai ke sana?
-foto dreamstime.com
Taj Mahal ditutup pada Jumaat untuk umat Islam solat di masjid. Pada hari lain, cuba tiba di sana pada jam 6.30 pagi untuk untuk melihat matahari terbit.
Anda perlu beratur dan barisannya panjang. Bawa pasport dan beratur di pintu Timur atau Barat. Pintu Selatan akan dibuka kemudian.
Terdapat empat barisan iaitu - wanita asing, lelaki asing, wanita tempatan dan lelaki tempatan. Kemasukan untuk matahari terbenam adalah sekitar 5 petang.
Anda akan terburu-buru sebaik sahaja matahari terbenam dan kawasan ini ditutup.
Apa yang saya dibenarkan bawa?
-foto dreamstime.com
Tinggalkan semuanya di hotel kecuali sebotol kecil air dan kamera atau telefon. Dompet besar atau beg galas, makanan, pen, atau sesuatu yang tajam tidak boleh dibawa. Telefon mesti berada dalam mod senyap. Dilarang merokok.
Bagaimana mahu dapatkan tiket?
-foto Geoff Stearns/Flickr (CC BY 2.0)
Tiket berharga 1,000 rupee (kira-kira RM62) dan boleh didapati di ketiga-tiga pintu (ingat, pintu Selatan tidak dibuka sehingga jam 8 pagi, jadi anda akan terlepas untuk melihat matahari terbit).
Penjual tiket di pintu Timur terletak di kawasan parkir Shilgram, kira-kira setengah batu dari pintu masuk dan mungkin di mana teksi anda akan menurunkan anda. Tiket juga boleh didapati di pintu Barat berhampiran makam Saheli Burj.
Anda juga boleh membeli tiket untuk semua Tapak Warisan Dunia, termasuk Taj Mahal, di mana-mana Tapak Warisan Dunia di India. Atau dapatkan tiket dalam talian di asi.payumoney.com.
Pilih negeri (Uttar Pradesh) dari menu dan pilih Taj Mahal. Anda perlu tahu tarikh lawatan dan berikan nombor pasport. Lawatan anda mungkin termasuk tiket atau semak dengan hotel untuk mengetahui sama ada bahagian kaunter boleh membantu anda.
Adakah sesak di situ?
-fotoFodors
Ya. Tetapi, tidak juga. Pilihlah untuk berada di antara kumpulan besar atau jalan bertentang dengan aliran orang ramai.
Adakah saya perlukan jurupandu?
-foto Derek A Young/Flickr, [CC BY-NC 2.0]
Tidak semestinya, tetapi anda fikir bagaimana kami tahu tentang kebun-kebun rahsia?
Seorang jurupandu hebat akan memberikan penerangan ketika anda meneroka, membawa anda ke kawasan tertentu dan membawa anda melihat pemandangan yang mungkin anda terlepas pandang.
Seorang jurupandu hebat akan memberikan penerangan ketika anda meneroka, membawa anda ke kawasan tertentu dan membawa anda melihat pemandangan yang mungkin anda terlepas pandang.
Sangat menarik dapat mengetahui bagaimana Taj Mahal dibina.
Bagaimana mahu ke Agra?
-foto Phuong D. Nguyen/Shutterstock
Agra terletak kira-kira 150 batu dari Delhi dan perjalanan ke sana lebih cepat dan mudah sejak Yamuna Expressway dibuka pada 2012. Bergantung kepada trafik Delhi, ia mengambil masa kira-kira tiga jam. Pergilah ke sana megikut 'tour' atau van peribadi. Terdapat pelbagai jenis kereta api dari Delhi, termasuk Gateway Express berkelajuan tinggi yang mampu tiba di Agra dalam masa kurang dua jam.
Bagaimana mahu masuk ke tapak Taj Mahal?
Memandangkan tiada kenderaan bermotor dibenarkan dalam jarak 1,600 kaki dari Taj Mahal, anda boleh berjalan kaki, berbasikal atau mengambil beca dari hotel atau tempat letak kereta Shilgram.
Tetamu di hotel mewah Oberoi Amarvilas, yang mempunyai pemandangan Taj Mahal dari setiap bilik, akan diambil dari hotel ke pintu masuk sejauh 2,000 kaki dengan kereta elektrik. -Fodor's
0 Ulasan
jerit kat sini