Modal Hanya RM2,000, Wanita Ini Berjaya Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam!

Modal Hanya RM2,000, Wanita Ini Berjaya Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam!

Loading...
Dengan Modal Hanya RM2,000, Wanita Ini Berjaya Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam!:


Pernah terfikir untuk ubah suai rumah pada harga bajet?



Bunyi macam mustahil. Mana tidaknya, segala kos peralatan rumah bagi tujuan ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi. Senang kata, kalau ada duit baru jadi. Tak ada duit, tak payahlah berangan.
Tapi, sebenarnya tanggapan itu tidak benar.

Seorang wanita di FB telah berjaya mengubah suai terataknya daripada “eew” kepada “wow” dengan modal RM2,000 sahaja. Serius macam tak percaya!


Gambar halaman rumah sebelum diubah suai.
Wanita yang dikenali sebagai Mcyahh Joanjett telah berkongsi serba sedikit tentang cara beliau mengubah suai kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan kreativiti serta bajet yang minimum.
Mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang dah pasang niat untuk ubah suai rumah, kan?
Sebelum itu, jom tengok dulu ruangan rumah wanita ini sebelum diberi sentuhan transformasi mewah klasik


Ruang TV sebelum.



Ruang makan sebelum.


Ruang tamu sebelum.
Bahas wanita ini, “Ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami yang selalu keluar lepak akan jarang keluar rumah, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah.”
Selain itu, dia juga berkata bahawa sanak saudara yang datang juga rasa lebih selesa dengan ruang yang lebih besar dalam rumah mereka.
Katanya lagi, “Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumah tangga. Sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kahwin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kami orang biasa, deko pun biasa, semampu boleh asalkan kemas dan menarik.”
Taraaaa! Fuuhh, memang cun habis selepas diubah suai! ��


Halaman rumah selepas diubah suai.


Bahagian pintu luar selepas.


Barangan rumah serba putih berseri. Nampak lebih kemas!

Menurutnya, beliau memilih untuk membeli barangan rumah dengan kos yang minimum.Untuk palang letak bunga, hanya RM25 yang dibeli dari IKEA manakala rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.Harga itu adalah termasuk cas upah. Kalau beli sendiri lagi murah tetapi personal shopper akan ambil cas sekitar RM5 sehingga RM30 setiap barang.Lihat bagaimana wanita ini menaikkan lagi ‘seri rumah’ dengan barangan yang serba putih!


Ruang tamu selepas diubah suai. Cantiknya!

Karpet RM95 (ala ikea), lantai tikar getah biasa yang berharga RM230 segulung untuk sebuah rumah.


Cermin RM68 untuk 10 biji dari IKEA.
Cermin itu ditampal sendiri dengan menggunakan double tape sahaja.


Barangan yang digunakan semuanya dibeli pada harga murah kemudian dihias dengan kreativiti sendiri

Sofa bed yang boleh digunakan untuk tidur atau chill sambil tengok TV.
Sofa bed hitam yang dibeli adala Joh daripada perabot terpakai. Harga pula hanya RM150. Bantal kerus RM12 setiap satu dan meja putih RM89 dibeli dari IKEA.


Bunga yang simple dijadikan hiasan.
Semua barangan yang digunakan adalah dari IKEA. Boleh rujuk harga di bawah:
Bunga RM9.90
Pasu RM7
Palang putih RM25

Ruangan yang sama tampak lebih luas dan selesa untuk tetamu yang hadir. Macam ini barulah best untuk buat family-gathering!


Ruangan makan yang lebih selesa.




Tidak lupa juga, ruangan makan dengan dekorasi yang begitu simple dan rapi. Senang nak kemas!






Semua barangan dari IKEA. Bermula dari meja makan yang berharga RM189, kerusi makan RM40 dan pelapik atas meja RM8 dari MR.DIY. Murah bukan?
Wallpaper yang digunakan memberi mood rustik dan klasik, sekelip mata menjadi sedap untuk dipandang

Wallpaper 4 roll dengan harga Rm100 tapi untuk ruang TV ini hanya guna dua rollsahaja. Bermakna dia hanya menggunakan RM50 untuk ruangan TV ini. Ala-ala IKEA gitu!
Oh ya, harga palang letak Coke RM25 dan palang letak Astro decoder RM60 dari IKEA.




Lampu Spotlight itu hanya berharga RM35 boleh didapati di IKEA.
Tempat mendobi yang dahulunya memang serabut dan tidak tersusun dengan rapi, kini nampak lebih kemas dan teratur


Kecil tapi tersusun.
Menurutnya, tempat mendobi ini adalah salah satu perkara yang sukar untuk diubah suai. Namun, idea yang tercetus mendatangkan hasil yang begitu kreatif!

Harga bakul putih yang digunakan hanya RM15 dari IKEA serta rak besi putih RM100. Barangan ini adalah yang terpakai.

Memang puas hati bila tengok hasil hiasan rumah ini! Dengan hanya menggunakan RM2,000, wanita ini berjaya memberi rumahnya nafas baru. ��


Bunga lavendar yang diletak di luar rumah.


Lampu ikea di luar rumah.


Studio Lights.
Terbaik kan? Rasa macam nak ubah suai rumah sekarang jugak!
Sumber : Mcyahh Joanjett via Says

Catat Ulasan

0 Ulasan