Misteri Budak Berseluar Dalam Ketuk Pintu Minta Bantuan

Misteri Budak Berseluar Dalam Ketuk Pintu Minta Bantuan

Loading...
Misteri Budak Berseluar Dalam Ketuk Pintu Minta Bantuan:




                           

KEMUNCULAN seorang budak lelaki berseluar dalam di Kent, England menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan.

Ia susulan laporan yang diterima polis mengenai seorang kanak-kanak bertindak mengetuk pintu rumah untuk meminta pertolongan.

Pegawai polis menyiasat mengenai budak lelaki yang berusia 12 tahun memakai seluar dalam pada malam Selasa di Hythe, dekat Folkestone.

Kanak-kanak itu dikatakan berlari dari rumah seorang penduduk ke tengah hujan selepas mengetuk pintu dan meminta bantuan.

Budak berkenaan digambarkan mempunyai kulit sawo matang dan berambut warna gelap.

Bagaimanapun, kewarganegaraannya tidak dikenal pasti.

Difahamkan dia berbahasa Inggeris semasa bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dipercayai pasangan warga emas sebelum melarikan diri.

Polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai kanak-kanak itu. – Mirror


Catat Ulasan

0 Ulasan