Cikgu Mengamuk Dalam Bilik Mesyuarat Pesakit Mental?

Cikgu Mengamuk Dalam Bilik Mesyuarat Pesakit Mental?

Loading...
Cikgu Mengamuk Dalam Bilik Mesyuarat Pesakit Mental?:


Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Choi Min,Kulim,Kedah telah di sahkan mengalami masalah mental namun beliau masih mengajar di sekolah berkenaan.

Oleh kerana tiada sebarang laporan atau tindakan yang dibuat kepadanya dia masih lagi mengajar di sekolah ini. Sepatutnya jika seseorang itu telah disahkan sakit mental dia tidak boleh lagi menjadi tenaga pengajar di mana-mana sekolah.

Guru ini dikatakan berang kerana mendengar perkataan ‘Melayu’. Setiap kali mendengar perkataan ini pasti dia akan mengamuk dan menjerit-jerit memaki hamun orang yang berada di sekeliling nya.

“I sudah bayar RM70. Melayu punya English low! Semua diam ya semua diam! Semua duduk diam!

“I ada hak untuk menyampuk and you shut up okay! English saya sangat bagus kerana saya seorang guru,” katanya sambil menjerit sehinga kata-katanya itu tidak difahami oleh guru-guru yang lain.

Dia juga telah menyampuk ketika pengumuman sedang dilakukan oleh guru lain yang berkemungkinan berpangkat guru penolong kanan sehingga menaikkan kemarahan salah seorang guru lelaki di situ.

Malah seorang guru yang merakam kejadian ini juga ,turut dimarahinya kerana merakam gambar nya menggunakan telefon bimbit.

                                     3-13-1.png

Malangnya, guru lelaki berkenaan turut dimarahinya sehingga membuatkan dia bertambah berang.
Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, guru penolong kanan yang sedang membuat pengumumam itu telah memarahi Hong Lian serta menyuruh supaya dia segera duduk.

“Mohon jangan ganggu mesyuarat ya Madam Hong. You dah melampau sangat mengganggu mesyuarat,” katanya dengan nada tegas.

                             2-19.png

Guru-guru yang lain dilihat seperti tidak mengendahkan kelakuan peliknya itu dan berkemungkinan kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku.

Diharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru berkenan kerana bimbang akan keselamatan tenaga pengajar dan murid-murid di sekolah ini.

Menurut seorang netizen, terdapat ibu bapa yang telah membuat laporan kepada pihak sekolah berkenaan guru itu tetapi tiada sebarang tindakan pernah dibuat.

                               4-10-1.png

Malah, kakitangan sekolah juga tidak mampu untuk menahan guru tersebut daripada terus mengamuk.


Catat Ulasan

0 Ulasan