Loading...
Kronologi Jambatan Maut Viral, Anak Mahu Ke Sekolah - Bapa Akhirnya Minta Maaf Pada Adun BN.:
Kronologi kes
1. Seorang ibu yang dikenali dengan nama Siti Zaharah Othman, terpaksa menahan perasaan takut dan gementar melihat anak lelakinya menyeberangi jambatan uzur untuk ke sekolah. Jambatan itu terletak di Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.
Zaharah berkongsi rakaman video anaknya yang menyeberangi jambatan uzur itu sambil dipimpin bapanya, Abdul Jalil Sulaiman, untuk ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan hari pertama sebagai murid darjah satu di Facebook miliknya pagi tadi.
Selepas empat jam dimuatnaik, rakaman berkenaan ditonton hampir 1 juta kali dengan majoriti netizens meletakkan komen yang pelbagai.
⇒ Ada yang menyalahkan keluarga tersebut kerana memperjudikan nasib anak sendiri.
⇒ Ada yang menyalahkan kerajaan kerana tidak peka.
⇒ Ada juga yang bersimpati dengan nasib keluarga tersebut.
⇒ Dan ada juga yang tidak mempercayai rakaman berkenaan dan beranggapan kejadian berlaku di luar Malaysia.
2. Zaharah sebenarnya menyedari bahaya yang dihadapi oleh anaknya itu apabila menuliskan keterangan : "Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah. Tapi kena harungi jambatan yang 'canggih' ni.
Dah setahun, sayang tak ada perubahan langsung," di rakaman yang disebarkan olehnya.
3. Bagaimanapun dipercayai tindakan menyebarkan rakaman berkenaan adalah sebagai 'jalan akhir' bagi membolehkan kes berkenaan mendapat perhatian pihak berauthoriti selepas setahun menunggu bantuan yang diharapkan.
4. Selepas beberapa jam video berkenaan tersebar dan dilaporkan oleh pelbagai portal berita, Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan beliau tidak berusaha untuk membantu membaik pulih Jambatan Gantung Kampung Pamah Aur, Lipis, Pahang.
5. Menurut Adun Jelai itu, beliau telah membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaik pulih jambatan tersebut dan telah diluluskan pada 21 Dis lalu.
Tambahan lagi katanya, JKKK sebenarnya ada menyediakan khidmat bot bagi menyeberangi sungai berkenaan dan juga mempunyai jalan alternatif yang lain namun tidak dapat digunakan berikutan banjir.
6. Selain menafikan tidak mempedulikan nasib rakyat, Adun Jelai turut bertemu dengan Abdul Jalil Sulaiman, bapa kepada kanak-kanak tujuh tahun yang dibawa menyeberangi jambatan maut itu.
7. Beliau dipetik sebagai berkata : "Saya rasa kesal dengan apa yang telah diviralkan oleh isteri saudara Jalil ini. Bila penerangan diberikan kepadanya, dia telah berpuas hati.
"Sebab itu kalau ada sebarang masalah datang berjumpa dengan JKKK, Penghulu atau dengan saya sendiri untuk bertanya dan mendapatkan maklumat," seperti laporan Awani hari ini.
7. Susulan pertemuan tersebut, Abdul Jalil Sulaiman kemudiannya memohon maaf bagi mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial
8. Menurut Abdul Jalil, beliau menerima dan faham selepas mendengar penerangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkenaan proses baik pulih jambatan gantung tersebut.
9. Abdul Jalil Sulaiman dipetik sebagai berkata : "Ini cuma salah faham dan perkara ini telah dapat kita selesaikan secara baik.
Yang Berhormat (Wan Rosdy) telah berjumpa dengan saya dan terangkan situasi sebenar.
Saya dengan ini memohon maaf bagi pihak isteri saya yang telah viralkan isu jambatan gantung itu dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat serta Barisan Nasional (BN)," katanya, memetik laporan Awani.
10. Menurut Adun Jelai, Wan Rosdy berkata peruntukan sebanyak RM462,414.40 telah diluluskan JKR untuk membaiki jambatan gantung tersebut dan kerja baikpulih akan bermula pada 8 Jan dan dijangka siap pada 18 Mac 2018 depan.

0 Ulasan
jerit kat sini