Hantu Dalam Karoke,Paranormal Beri Penjelasan

Hantu Dalam Karoke,Paranormal Beri Penjelasan

Loading...
Hantu Dalam Karoke,Paranormal Beri Penjelasan
mbar serbuan di sebuah pusat karaoke di Indonesia yang tular di media sosial gara-gara pekerjanya didakwa berwajah hantu



PADA Jumaat, polis di Probolinggo, Jawa Timur menyerbu sebuah pusat karaoke di bandaraya itu.

Gambar di atas, yang diambil semasa serbuan itu telah tular di Indonesia, memandangkan ramai yang berpendapat pekerja pusat karaoke wanita yang sedang duduk di sofa ketika gambar tersebut diambil adalah hantu.

Foto itu mendapat begitu banyak perhatian media nasional, dengan Detik mendapatkan pandangan ahli paranormal, Ahmad Hasyim di Probolinggo tentang kejadian yang dianggap menyeramkan itu untuk penjelasan.




Ahmad Hasyim. -fotoDetik/M.Rofiq

Sebagai seorang yang 'mencari makan' dengan memberi penjelasan mudah untuk kejadian atau peristiwa pelik, dia berkata wanita itu bukanlah hantu, tetapi mendakwa makhluk ghaib telah menyerupai mukanya dengan sengaja.

"Dia (makhluk ghaib) memang berkeinginan untuk menampakkan diri," ujar Hasyim kepada detik.com, Sabtu.

Hasyim kemudian mendakwa bahawa makhluk itu adalah jin  Islam dalam golongan kuntilanak yang popular di Indonesia.

Bagaimanapun 'teori hantu' Hasyim bertentangan dengan kenyataan polis yang mengesahkan bahawa tidak ada jin atau hantu dalam gambar tersebut, sebaliknya hanyalah seorang wanita yang memakai selendang nipis untuk menutup wajahnya.



"Ketika gambar itu diambil, selendang itu digunakan untuk menutup muka. Mata yang bersinar itu disebabkan oleh 'flash' kamera telefon," kata Ketua Polis Probolinggo, Alfian Nurrizal dalam satu kenyataan di laman web rasmi jabatan itu.

"Kami berharap orang ramai akan berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan penipuan berhubung foto 'penampakan hantu' yang boleh mengganggu orang ramai."

Catat Ulasan

0 Ulasan