Langkau ke kandungan utama

Kacang Hijau Mainan Toyol

Kacang Hijau Mainan Toyol

TUMPAT  - "Saya tabur kacang hijau sebagai perangkap elak toyol terus ganggu kami," cerita Mek Bunga Yusof, 53 ketika ditemui di rumahnya di Kampung Talak.

Selain solat hajat yang diadakan di surau manakala bacaan ayat suci al-Quran di rumah, Mek Bunga mencuba  petua orang tua-tua apabila menabur kacang hijau di segenap pintu masuk rumahnya bertujuan untuk melekakan toyol.

Mek Bunga menabur kacang hijau disegenap sudut rumahnya sebagai perangkap toyol. - Foto Sinar Harian



Mek Bunga berkata, itu sebagai ikhtiar dan bukannya berniat untuk mempercayai perkara-perkara khurafat yang boleh memesongkan akidah.

 "Tak salah jika berikhtiar, apa yang berlaku ini semuanya kuasa ALLAH...dah setahun kami sekeluarga hidup dalam kebimbangan diganggu makhluk halus.

"Solat hajat sudah diadakan di masjid, di surau berdekatan rumah saya pun pernah diadakan solat hajat,"katanya yang hilang duit sebanyak 10 kali disyaki angkara toyol.

Semalam Sinar Harian melaporkan kejadian aneh duit kerap hilang yang menghantui penduduk kampung Talak di sini bukan lagi tahyul apabila ada penduduk ternampak jelmaan toyol menyerupai budak kecil dengan ketinggian 12 inci serta berwarna hijau.

Dakwa penduduk, kejadian duit kerap hilang dalam kuantiti sedikit itu mula mengganggu penduduk di sini sejak setahun lalu.

Namun sejak beberapa bulan ini ia semakin menjadi-jadi dan hampir 10 penduduk kampung telah menjadi mangsa kejadian aneh ini.

Mek Bunga berkata, dia berharap kejadian aneh di kampung ini akan berakhir segera dan kembali aman tanpa sebarang gangguan daripada makhluk halus.

Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, jika kacang hijau ditabur, toyol akan leka bermain dengan kacang itu sehingga terlupa kerja yang disuruh 'tuannya'.

Kecoh toyol 'serang' kampung





Lokasi jumpa jelmaan toyol.
TUMPAT - Kejadian aneh duit kerap hilang yang menghantui penduduk kampung Talak di sini bukan lagi tahyul apabila ada penduduk ternampak jelmaan toyol malam semalam.

Dakwa penduduk, kejadian duit kerap hilang dalam kuantiti sedikit itu mula mengganggu penduduk di sini sejak setahun lalu.'

Namun sejak beberapa bulan ini ia semakin menjadi-jadi dan hampir 10 penduduk kampung telah menjadi mangsa kejadian aneh ini.

Pada mulanya disangka pencuri namun bila kerap mengalami keadaan sama, penduduk mula kecoh mengatakan ia toyol.

Ada yang hilang RM500, RM100, RM50, RM10 dan kekecohan ini menimbulkan trauma kepada penduduk dan menjadi bualan hangat di kedai kopi.

Penduduk, Halim Ismail, 46 berkata, dia pada mulanya tidak percaya apabila kecoh orang bercerita toyol kacau kampung ini.

"Tetapi bila terserempak sendiri dengan makluk halus itu yang berwarna hijau, saya jadi seram," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!