Header Ads

Mengejutkan...Nik Aziz cakap Urdu ketika dikunjungi ulama

loading...
ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan masih mampu bercakap Urdu sewaktu menerima kunjungan dua ulama.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bersama Maulana Zubair dan Maulana Zuhair yang juga anak kepada ulama terkenal Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi mengunjunginya dua hari lalu.

"Kami pergi sewaktu hari pertama beliau sedar. Dalam keadaan mata masih terpejam Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) menjawab salam saya dan apabila dua ulama ini bercakap bahasa Urdu, beliau terus sahaja bersembang menggunakan bahasa itu.

"Keadaan ini menunjukkan ingatan beliau masih kuat dan percakapannya juga semakin lancar. Hari pertama dimasukkan, difahamkan Tuan Guru ada tekanan pada sistem percakapan dengan skala 8/15 kemudian kembali pulih seperti biasa kepada 14/15," katanya kepada media selepas menghadiri Kenduri Rakyat Sempena Program Jelajah Perdana Ke Kawasan Kuala Kedah di Markaz Pas Dun Anak Bukit, di sini.

Husam berkata, tahap kesihatan Nik Aziz kembali pulih dengan cepat mungkin disebabkan doa orang ramai diterima ALLAH.

"Saya juga difahamkan selain boleh bercakap, beliau sudah makan nasi air dan sedar seperti biasa," katanya.

Mengenai keperluan menukar Mursyidul Am Pas kepada pengganti yang baru berikutan keuzuran kesihatan Nik Aziz, beliau berkata ia tidak perlu dibangkitkan sekarang.

"Bagaimanapun, biar Majlis Syura yang bercakap (tentukan) soal ini, saya hanya ikut," katanya.

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.