Header Ads

Anak Cerita Bagaimana Cara Didikan Nik Aziz Ketika Anak-anaknya Masih Kecil

loading...
KUALA LUMPUR: "Dan hinggalah saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook malam tadi, sebagaimana di bawah.


Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Hari ini, ayahanda teringat solat Jumaat. Saya teringat masa kecil-kecil dulu, kami anak-anak 'dipaksa' oleh ayahanda bersamanya ke masjid lebih awal.

Awal sangat. Kadang-kadang, jam 12pm kami dah terpacak di masjid. 

Tok Imam, tok bilal, tok siak dan ahli qaryah tak nampak batang hidung lagi.

 Bukan main seksanya kami, terhanggguk-hangguk menanti tok bilal azan, tersengguk-sengguk menanti tok imam kampung menghabis khutbah dan bergeliat menanti 'tamatnya' paksaan beragama masa kecil.. 

Ayahanda di hadapan tuhannya, solat, baca al Quran, sujud dan paling saya tak faham... diam, diam dan diam.. sehinggalah azan berkumandang.

Begitu ayahanda mendidik kami. Dan hinggalah saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu.

Allahu, ampuni kami dan ibubapa kami serta zuriat kami dan seluruh kaum muslimin.

Terima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia buat ayahanda.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
3 Rabiul Akhir 1436H / 23 Januari 2015
1155pm

1 ulasan:

  1. Informasi yang sangat bermanfaat dan inspiratif kunjungi juga blog saye..
    http://www.bisnisborneo.com

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.