Loading...
Suatu hari terlintas di hati saya, bagaimanakah agaknya keadaan jemaah umrah dan haji yang nneninggal dunia di Tanah Suci. Ada juga orang memberitahu saya kubur di sana tidak sama dengan kubur di tanah air kita.
Bahkan ada yang risau kalau-kalau meninggal dunia di sana. Hati saya tertanya-tanya juga kerana saya sendiri pun tak pernah menguruskan jenazah di Tanah Suci. Walaupun saya sudah banyak kali mengerjakan umrah dan haji.
Selepas bersara daripada pegawai polis Bahagian Narkotik di Bukit Aman pada 2009, saya membawa jemaah umrah secara sepenuh masa. Pada tahun 2010 dengan izin Allah saya sekali lagi mengerjakan umrah sebagai ketua kumpulan jemaah untuk Andalusia Travel & Tours. Setibanya di sana segala rukun ibadah umrah saya kerjakan dengan sebaik mungkin.
Namun pada masa yang sama hati saya sentiasa tertanya-tanya tentang pengurusan jenazah di sini. Paling saya hendak tahu keadaan liang lahad kubur adakah sama dengan liang lahad kubur di tanah air kita.
Selang beberapa hari saya di Tanah Suci, suatu hari saya mendapat berita kematian seorang jemaah wanita dari Malaysia. Walaupun bukan dari kumpulan jemaah dari syarikat yang saya wakili, namun hati ini bagai ditarik-tarik untuk melibatkan diri menguruskan jenazah tersebut.
Saya pun bertanyalah kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman dan mereka menyuruh saya ke Dataran Masjidilharam. Rupa-rupanya setiap jenazah akan disolatkan di Masjidilharam tidak jauh dari Kaabah.
Saya berada di saf belakang sebab terlewat sampai. Solat jenazah selesai ditunaikan. Bagi jemaah yang ingin menghantar jenazah telah disediakan van khas untuk membawa jemaah ke tanah perkuburan.
Bergegaslah saya mendapatkan van tersebut. Apabila saya sampai, van berkenaan telah pun penuh dengan orang. Saya dimaklumkan van hanya boleh memuatkan sebelas orang sahaja. Saya terkulat-kulat sendirian. Hati saya tetap mahu turut serta juga. Seolah-olah inilah sahaja peluang saya yang terakhir.
“Mari masuk!” pelawa pemandu van itu tiba-tiba memanggil saya.
Pintu van dibuka. Ada ruang lagi untuk saya duduk dalamnya. Sambil nnengucapkan rasa syukur dalam hati saya pun masuk ke dalam van tersebut. Hairan juga saya kerana tadi saya lihat memang tempat duduk telah penuh dan sendat. Van pun bukan besar sangat.
Bahkan ada sedikit lagi ruang yang boleh diduduki sebelah saya. Kami dalam van saling berpandangan. Salah seorang daripada mereka membisikkan ke telinga saya: Alhamdulillah, semuanya atas kuasa dan izin Allah yang Maha Besar.
Saya menitiskan air mata. Terasa diri ini begitu diperhatikan oleh-Nya. Sama ada secara jasmani atau suara hati semuanya tidak terdinding daripada-Nya. Van yang kanni naiki tiba di Tanah Perkuburan Ma’ala di Mekah. SambiI membantu mengusung jenazah, saya memerhati sekeliling saya. Tanah perkuburan ini diselimuti pasir putih. Nampak bersih dan cantik. Pelik juga sebab tiada batu nisan. Hanya batu-batu yang terukir nombor.
Setibanya di liang lahad jenazah, saya merasa lagi takjub. Saya lihat ada anak tangga nnenuju ke dalam liang lahad.
“Tuan sila masuk ke dalam sambut jenazah!” kata si suami arwah kepada saya.
Tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu saya terus sahaja menuruni anak tangga menuju ke dalam liang lahad. Sampai seluruh tubuh saya tenggelam dalam liang lahad itu.
Saya rasa lebih dari tujuh kaki dalamnya. Lebarnya pula saya rasa dekat empat kaki. Akhirnya saya tiba di lantai liang lahad. Kepala jenazah dihulurkan dari atas. Saya terus menyambut kemas-kemas lalu meletakkan jenazah di lantai liang lahad menghadap kiblat.
Sambil itu mata saya memerhati sekeliIing. Masya-Allah Iuasnya liang lahad kubur ini. Saya cuba duduk dan berdiri di sisi jenazah. Bukan sahaja muat bahkan sangat selesa. Saya jangkakan tiga orang lagi jenazah muat di dalamnya. Subhanallah!
Sambil itu mata saya memerhati sekeliIing. Masya-Allah Iuasnya liang lahad kubur ini. Saya cuba duduk dan berdiri di sisi jenazah. Bukan sahaja muat bahkan sangat selesa. Saya jangkakan tiga orang lagi jenazah muat di dalamnya. Subhanallah!
Pengalaman pertama kali itu sangat berharga buat diri saya. Pada tahun 2011 sekali lagi saya membawa jemaah umrah. Semasa berada di Mekah, seorang rakan memberitahu saya: Tuan Haji, jom kita bantu solat jenazah. Ada jemaah dari negara kita meninggal tadi!
“Baiklah, mari!” kata saya tanpa lengah-lengah lagi.
Bersemangat saya mahu solat jenazah. Inilah peluangnya untuk tambah amal dan pahala selain melaksanakan ibadah umrah. Kali ini saya dan beberapa orang rakan saya tiba awal di Masjidilharam. Saya berpeluang solat betul-betul di saf pertama dan jenazah di depan saya.
Selesainya solat jenazah, kami menaiki van untuk ke tanah perkuburan sama seperti saya datang pada tahun lepas. Semasa mahu menurunkan jenazah ke dalam liang lahad semua mata memandang sesama sendiri. Akhirnya saya menawarkan diri untuk turun ke dalam liang lahad bagi menyambut jenazah. Selepas saya meletakkan jenazah baik-baik, saya menghadapkan wajahnya ke arah kiblat dan membuka penutup kain mukanya.
Begitu bersih wajah jenazah bagaikan bercahaya dalam kesuraman cahaya saat waktu Maghrib itu. Semasa saya sendirian itulah saya terdengar suara seseorang dari atas kubur: “Tuan Haji tolong azan!”
Saya serba salah. Hendak azan ke? Kalau azan mesti dengan suara yang kuat. Eh, bukan... betulkah saya kena azan.
“Tuan Haji tolong azan!” sekali lagi saya diminta azan.
Saya pandang ke atas. Tiada se-siapa pun yang membantah arahan suara itu. Atau hanya saya yang dengar... ah jangan merepeklah. Saya tidak mahu menghampakan sesiapa. Lantas saya pun melaungkan azan dengan suara yang kuat. Bergema suara saya terkena dinding liang lahad. Habis azan, air mata saya menitis. Terasa di hati saya setiap kalimah azan dijawab oleh setiap jenazah yang berada di tanah perkuburan itu sehinggalah habis berdoa selepas itu.
Sepulangnya dari tanah perkuburan saya bertanya rakan-rakan saya. Mereka tidak tahu-menahu tentang orang yang menyuruh saya azan. Jadi siapa yang menyuruh saya azan tadi? Dan saya juga tidak pernah tahu jika sebelum ini ada orang azan dalam kubur.
Cuma cerita seorang rakan saya yang turut serta mengusung jenazah menarik hati saya.
“Tuan Haji tahu tak kenapa saya diam sahaja semasa dalam van dan di tanah perkuburan?” kata kawan saya setelah menyatakan tidak tahu tentang suara yang menyuruh saya azan dalam kubur.
“Kenapa?” tanya saya ingin tahu.
“Sepasang selipar yang saya pakai semasa usung jenazah langsung tidak terusik dan bergerak dari kedudukannya semasa saya menyarungnya kembali untuk keluar dari Masjidilharam menuju ke van. Sedangkan selipar yang lain-lain semuanya bersepah!”
Subhanallah! Kalau ikutkan memang ramai jemaah yang keluar masuk masjid dan sudah tentu selipar yang diletakkan di tengah-tengah tanpa disorokkan sedikit akan bersepah atau bergerak dari kedudukan asalnya.
Saya yakin rakan saya itu benar-benar ikhlas menunaikan fardu kifayah. Saya anggap jenazah itu seperti diri saya apabila saya terbujur kaku kelak. Tentulah saya mengharapkan saudara seagama saya yang masih hidup secara ikhlas mengusung jenazah saya ke kubur.
Allahurabbi. Menitis lagi air mata saya mengenangkan peristiwa itu.Terbuka pintu kesedaran di hati saya. Inilah pengalaman yang amat bernilai sepanjang mengerjakan ibadah di Tanah Suci. Terjawab segala persoalan di hati saya. Acap kali ke Tanah Suci lagi, saya sentiasa memanjatkan keampunan atas segala dosa saya yang telah lalu. Tapi, misteri suara yang menyuruh saya azan pertama kali berlaku dalam hidup saya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai segala sesuatu.
Seperti diceritakan oleh Haji Hassan Manaf, 62, Ketua Kumpulan Jemaah Umrah Andalusia Travel & Tours kepada wartawan Mastika.
0 Ulasan
jerit kat sini