Loading...
KUALA TERENGGANU: Kerana tidak tertahan melihat ibu kesayangannya dimaki hamun oleh abang sendiri, seorang adik telah bertindak memukul abangnya itu menggunakan kayu menyebabkan lelaki itu telah patah kaki.
Dalam kejadian tersebut jam 4.30 petang di Kampung Panji Alam, si ibu yang dalam perjalanan pergi ke Masjid telah dimaki hamun serta ditolak oleh anak lelakinya itu berumur 20an. Kejadian itu menyebabkan adik bongsunya bertindak mengambil kayu sepanjang 50 sentimeter lalu memukul kakinya sehingga patah.
Tindakan dilakukan oleh adiknya itu selepas tidak tahan melihat kerenah abangnya yang hampir setiap hari mendesak ibunya dengan pelbagai kata cacian hanya kerana untuk mendapatkan duit.
Menurut si ibu Zaimah Othman, 60, dia tidak memberi wang kepada anaknya itu kerana anaknya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kerap meminta wang daripadanya.
Anaknya bukan saja meminta wang dengannya, malah turut memaki hamun dan mengamuk setiap hari semata-mata ingin mendapatkan wang membeli bahan terlarang itu.
Lelaki tersebut telah di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan.

2 Ulasan
Saya rasa sedih melihat anak.anak sekarang yang langsung tak reti hormat mak.bapak.
BalasPadammoral anak2 sekarang semakin membimbangkan,tak tahu dimana salah silapnya,rasa semakin sedih bila mellihat anak2 muda semakin runtuh akhlak...menakutkan
Padamjerit kat sini