Loading...
Gelagat 'Adik' yang comel dan tidak makan saman, walaupun dimarah berkali-kali oleh ayahnya dalam iklan TM, mencuit hati penonton.
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Sudah menjadi tradisi sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal, pasti iklan raya dahulu yang dinanti-nantikan.
Membawa pelbagai mesej kepada masyarakat, filem pendek yang dibawa khas oleh syarikat korporat, biasanya memberi kenangan dan memori berbeza kepada penonton.
Sama ada bertemakan cerita sedih atau riang-ria menyambut Hari Raya, itu semua hanya cerita yang penting mood raya itu sampai kepada penonton.
Seperti kebiasaannya, seminggu menjelang hari lebaran, stesen televisyen sudah mula menyiarkan iklan raya berbentuk filem pendek.
Bagi mereka yang tinggal di luar negara, pasti YouTube menjadi sasaran untuk mengetahui iklan raya apakah yang disiarkan untuk lebaran tahun ini.
Sudah pasti syarikat-syarikat gergasi berlumba-lumba memastikan iklan raya mereka menjadi bualan dan mendapat ‘share’ terbanyak.
Berikut adalah iklan-iklan raya yang diterbitkan syarikat terkenal di Malaysia, dan tidak ketinggalan juga RTM yang kali ini mengeluarkan iklan raya menyindir tabiat masyarakat moden yang begitu taksub dengan teknologi hingga melupakan ruh Aidilfitri sebenarnya.
1) Ke Pangkuan Bonda (Petronas)
Petronas tidak pernah mengecewakan penonton. Setiap kali tiba perayaan besar, ramai yang tidak sabar menanti iklan yang bakal dipertontonkan.
Mengangkat tema ke pangkuan bonda, iklan menggunakan muzik iringan lagu klasik ‘Suasana Hari Raya’ yang dimainkan secara akustik menggunakan ukulele.
Berbeza dengan iklan-iklan yang disiarkan sebelum ini, filem pendek Petronas kali ini mengangkat tema berbeza yang lebih ceria dan gembira.
Menceritakan suasana sebelum menyambut Aidilfitri di kampung halaman yang diceriakan anak cucu yang pulang beraya.
Selain aksi kanak-kanak yang teruja menyambut raya bersama ahli keluarga, Petronas turut menyelitkan unsur kehidupan tradisional orang zaman dahulu, seperti bermandi di luar rumah, menangkap ayam kampung, serta semangat muhibah dan kunjung- mengunjungi tidak kira bangsa.
“Raya tetap raya, kerja tetap kerja”. Bertemakan ‘Sentiasa Bersamamu’, TNB sekali lagi memberi penghargaan kepada pengorbanan kakitangannya sempena Hari Raya kali ini.
Mungkin ia tidak melibatkan masyarakat secara langsung, tetapi TNB dilihat cuba mengangkat nilai kerja pada Hari Raya, seperti cara ucapan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada kakitangannya yang terpaksa mengorbankan masa berhari raya bersama keluarga, atas tuntutan tugas untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.
Video itu berkonsepkan santai dengan diiringi nyanyian pekerja yang bekerja di Hari Raya tanpa sebarang perasaan sedih.
“Siang malam memakai baju biru TNB bersama rakan sekerja,” antara bait nyanyian mereka.-
0 Ulasan
jerit kat sini