Header Ads

Wanita Syria minta mas kahwin 15 kepala tentera

loading...
                                
 Sekumpulan tentera Syria sedang berkawal di sebuah kawasan di dekat ibu kota Damsyik. Foto: SANA / AFP

Damsyik - Seorang wanita Syria yang akan melangsungkan perkahwinan meminta mas kahwin yang tak lazim. Dia meminta kekasihnya untuk memenggal dan membawa 15 kepala tentera pro-Assad.

Selain itu, wanita tersebut juga memberi syarat 50 kepala pasukan pro-Assad lagi jika nantinya pernikahan mereka terkandas di tengah jalan.


Kehilangan suami dan empat anaknya dalam perhimpunan anti-Assad mungkin membuat Aicha Faaourya (50) menuntut mas kahwin "mengerikan" itu kepada Ahmad Ramilat (75), calon suaminya.


Perempuan yang biasa dipanggil Umm Shouhada atau yang bererti ibu para syuhada itu telah bersumpah untuk mendedikasikan sisa hidupnya untuk memerangi pemerintahan Bashar al-Assad.

Sementara itu, Ahmad Ramilat, ahli dewan kesukuan Syria yang kerap disebut "Sang Bijaksana", juga kehilangan dua anaknya saat memerangi pasukan Kerajaan Syria.

Ramilat menerima permintaan mas kahwin yang diajukan Aicha itu dan bersumpah akan memenggal kepala 15 anggota pasukan pro-Assad demi cintanya.

Ramilat juga berjanji akan menyediakan 50 kepala pasukan pro-Assad jika nantinya mereka harus bercerai.

Keadaan ini merupakan hasil dari perang saudara ganas yang sudah berlangsung lebih dari tiga tahun di Syria. Akibat perang itu, lebih daripada 160,000 orang terbunuh dan lebih dari dua juta orang terpaksa menjadi pelarian.

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.