Untuk Apa Para Jemaah Umrah Makan Benang Kelambu Kaabah?

Untuk Apa Para Jemaah Umrah Makan Benang Kelambu Kaabah?

Loading...
                            
Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.

“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.


Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pihak berkuasa Arab Saudi, mereka mendapati beberapa jemaah dari negara tertentu bertindak menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah (kiswah) ketika menunaikan ibadah di sekeliling Kaabah.

Menurut pihaknya, jemaah umrah terbabit melakukan perbuatan tersebut kerana kecetekan ilmu agama dan fahaman salah yang disebarkan oleh pihak tertentu kepada golongan jemaah tersebut.

Pengarah kilang yang memproses dan membuat kiswah, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan tersebut berlaku setiap hari sehingga kelambu terbabit mengalami kerosakan teruk.

Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya terpaksa mengulang proses pembuatan kelambu bagi menggantikan kelambu Kaabah dari semasa ke semasa.

“Ianya satu perbuatan yang sia-sia, mereka cabut benang dengan menggunakan cincin atau gunting masing-masing dengan harapan ianya akan mendatangkan berkat atau nasib baik dalam hidup mereka, perbuatan mereka telah mencacatkan keadaan kelambu berkenaan.

“Mereka cetek ilmu pengetahuan, mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat,” katanya dalam kenyataan melalui Saudi Gazette.

Justeru, sebagai langkah penyelesaian, Bajoudah mewujudkan sebuah jabatan di kilangnya yang diberi tugas khas membaiki bahagian kiswah yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu.

“Saya berdoa kepada ALLAH SWT supaya menyedarkan mereka daripada kedangkalan ilmu mereka,” katanya lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan