Piala Dunia 2014:Disebalik Kegembiraan Ada Kesedihan

Piala Dunia 2014:Disebalik Kegembiraan Ada Kesedihan

Loading...
Pertandingan FIFA World Cup 2014 sedang rancak berlangsung di Brazil. Di sebalik kemeriahan yang dirasai seluruh dunia, lain halnya yang berlaku di Brazil sendiri. Bantahan demi bantahan, rusuhan masih berlaku sepanjang temasya bola sepak itu berlangsung.


Gambar di bawah diambil oleh seorang jurugambar, Edimar Soares ketika perlawanan antara Brazil dan Mexico. Keadaan inilah antara penyebab rusuhan dan bantahan oleh rakyat Brazil.



"Ada seorang perempuan yang makan dalam tong sampah kerana dia miskin, sementara yang lain menyaksikan perlawanan bola yang harganya mahal. Saya dah lihat kesemuanya di Brazil" kata seorang pengguna Reddit yang memuat naik gambar tersebut.

                
Selain itu, ada yang menyoal kemudahan yang tidak akan digunakan selepas berakhirnya Piala Dunia nanti.

Brazil telah membelanjakan sebanyak $11billion untuk menganjurkan Piala Dunia yang mana duit tersebut tidak akan membawa kebaikan kepada ekonomi Brazil.

Walaupun Brazil dan Piala Dunia tidak dapat dipisahkan, sesetengah rakyat Brazil berpendapat duit tersebut lebih baik dibelanjakan kepada rakyat yang lebih memerlukan dan juga menambah baik infrastruktur.

Manakala dibawah ini pula adalah cara yang paling murah menyaksikan bola di Brazil

Mahu menonton perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil tetapi wang tidak mencukupi untuk membayar hotel?

Caranya, berkhemah di tepi Pantai Copacabana yang terletak di Rio de Janeiro serta masak di situ.

Peminat bola sepak dari Selatan Amerika yang tidak mampu untuk menyewa hotel kini bertindak tidur di tepi pantai popular itu; ada yang memasang khemah, tidur di dalam van dan ada juga yang tidur di atas pasir sahaja.

Disebabkan harga hotel yang naik memuncak dari AS$200-AS$250 (RM643-RM803) semalam ke AS$700-AS$800 (RM2,249-RM2,571) satu malam, warga Argentina, Colombia, Chile serta Ecuador tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa Brazil akan bahaya bermalam di tempat terbuka.


                     
Kaki bola tidur di pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil, setelah harga hotel naik melonjak sempena Piala Dunia 2014. - AP Photo/Wong Maye-E

Memetik laporan portal Daily Mail, seorang pengunjung yang bermalam di tepi Pantai Copacabana, Emmanuel Estrada, 29 berkata, beliau mengambil masa selama empat hari memandu keretanya dari Buenos Aires ke Sao Paulo semata-mata untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia.

“Kami akan terus berada di sini sehingga Argentina menang Piala Dunia, dan semestinya beberapa hari selepas itu juga,” kata Estrada yang bekerja sebagai tukang paip di Buenos Aires.

Sementara itu, seorang mekanik dari Chile, Fabian Alvarez yang telah memandu sejauh 5,000 kilometer pula berkata beliau membuat keputusan untuk tidur di dalam van selepas gagal mencari hotel murah di Rio.

Menurut Fabian, beliau bercadang untuk berbelanja sebanyak satu juta peso Chile (RM5,749) untuk sepanjang perjalanannya di sana termasuk petrol, makanan serta tiket menonton perlawanan Piala Dunia.

“Kami berasa selamat di sini. Semua ini berbaloi. Saya merasa sebak sewaktu kami menyanyikan lagu kebangsaan Chile di stadium,” kata Alvarez yang telah menonton perlawanan antara Chile dan Australia pada Jumaat lepas.

                    
Penyokong pasukan bola sepak Chile berkampung di tepi Pantai Copacabana, Rio de Janeiro sebagai langkah berjimat susulan harga hotel yang melonjak naik - Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA

Memasang khemah dan tidur di tepi Pantai Copacabana bukanlah perkara yang dibenarkan pihak berkuasa Rio memandangkan kes ragut dan rompakan selalu terjadi di situ.

Namun sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014, pihak berkuasa Rio berjanji untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta menyediakan tandas utnuk pengunjung di pantai itu.

Dalam satu laporan oleh agensi berita AFP, seorang pekerja majlis perbandaran Rio yang dikenali sebagai Paes berkata, kemudahan perkhemahan juga akan disediakan selain menjaga kebersihan dan keselamatan di pantai tersebut.

“Kami mahu pelancong kami yang telah memandu jauh dari negara jiran di Selatan Amerika supaya merasa seronok dan menikmati perlawanan Piala Dunia di bandar kami dengan cara yang betul,” kata Paes.

                    
Pengunjung yang melancong ke Brazil untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 tidur di dalam van walaupun pihak berkuasa Rio memberi amaran akan bahaya berbuat demikian – Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA

Namun, tidak semua pelancong merasa gembira dengan berita ini.

Seorang penyokong Argentina, Daniel Muller berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan majlis perbandaran Rio untuk menempatkan semula pengunjung yang bermalam di Pantai Copacabana ke satu lokasi lain.

“Rio tidak bersedia untuk menerima pengunjung seramai ini. Sekarang kami terpaksa berpindah ke tempat lain dan jika kami tidak patuh dengan keputusan ini, mereka akan merampas van kami,” kata Muller kepada AFP.

“Kami mahu terus berada di sini. Jika mereka mahu alihkan kami ke tempat yang lebih 30 kilometer jauh, lebih baik saya tinggal di negara saya sendiri sahaja,” kata seorang warga Chile, Jonatan Tabia.

Macam-macam cerita kan?


Catat Ulasan

0 Ulasan