MH370: Hari Bapa Tanpa Bapa Buat Maira Anak Ketua Pramugara MAS Andrew Nari

MH370: Hari Bapa Tanpa Bapa Buat Maira Anak Ketua Pramugara MAS Andrew Nari

Loading...
Kuala Lumpur: “Tiada makna sambutan Hari Bapa pada tahun ini kecuali dapat menyambut bersama ‘daddy’,” kata anak gadis kepada Ketua Pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Andrew Nari yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Maira Elizabeth, 17, berkata, setiap tahun mereka sekeluarga menyambut Hari Bapa bersama walaupun bukan pada hari berkenaan disebabkan bapanya terpaksa bertugas.



“Pada tahun lalu iaitu sehari sebelum Hari Bapa, apabila saya bangun pagi, perkara pertama saya buat ialah mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ‘daddy’ dan memeluknya.

“Biasanya ‘daddy’ suruh saya bersiap dan mengajak kami sekeluarga keluar makan bersama,” “katanya.


                                  
GAMBAR kenangan Maira bersama bapanya, Andrew Nari.


Maira berkata, biasanya tiada hadiah istimewa diberi pada hari berkenaan dan hanya kek dibeli sebagai penghubung kasih mereka sekeluarga.


“Bagaimanapun, untuk tahun ini, jika berkesempatan menyambut bersamanya, saya memang mahu membelikan kemeja-T sebagai hadiah,” kata pelajar tahun satu Diploma Komunikasi dan Media di sebuah kolej swasta itu.

Menurut Maira, dia masih teringat pesan bapanya pada sambutan Hari Bapa tahun lalu.

“Antara kata-katanya ialah dia mahu saya menjadi gadis yang dihormati masyarakat, perlu mencuba sesuatu tanpa rasa putus asa dan harapkan yang terbaik daripada saya.



Catat Ulasan

0 Ulasan