Isu Remaja Kurus Kering....Siapa Salah?

Isu Remaja Kurus Kering....Siapa Salah?

Loading...
                        
1. Cerita anak OKU yang dibiarkan kurus kering dan tidak terurus di Nilai mendapat perhatian media. Seperti biasa, masyarakat menuding jari menyalahkan ibu.

2. Saya tidak mahu mempertahankan tindakan ibu tersebut. Memang salah. Cuma, berapa ramaikah yang bertanya di manakah ayah kepada anak tersebut? Ataupun, keluarga mereka yang lain?



3. Mengapakah pemimpin tempatan atau jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan gagal mengesan kes ini? Bagaimanakah rangkaian keselamatan sosial (social safety net) boleh bolos?

3. Insiden ini tidak terpencil. Ramai ibu memelihara anak sendirian - tanpa penglibatan ayah. Sebahagian ibu tidak mampu menanggung beban itu dan memilih jalan sedemikian untuk menyelesaikan masalahnya - walaupun tindakan itu tidak betul.

4. Isu ini membawa kita kepada persoalan yang lebih besar. Berapa ramaikah daripada kita yang prihatin kepada apa yang berlaku di sekeliling, termasuklah dalam keluarga dekat kita sendiri?

5. Berapa ramaikah daripada kita yang membantu ahli keluarga OKU dari keluarga kita sendiri? Berapa ramaikah kita yang mengorbankan percutian ke luar negara untuk mendampingi dan memberikan bantuan kepada mereka?

6. Berapa ramaikah yang sanggup bercuti untuk menjaga ibu dan bapa yang terlantar di atas katil hospital - atau adakah kita saling berdalih dengan adik-beradik yang lain?

7. Cukupkah dengan pulang pada hujung minggu atau "apabila ada kelapangan," ambil gambar mak dan ayah sedang nazak di atas katil hospital dan upload ke Facebook untuk menunjukkan rasa prihatin kepada mereka?

8. Sementara saya faham rasa marah kita kepada perlakuan ibu kepada anak OKU di Nilai, kita juga harus menuding jari kepada diri sendiri!

Manakala itu ada juga segelintir yang tidak peka ttg masaalah Muhammad Firdaus

                 


penulis asal: Norizan Sharif




Catat Ulasan

0 Ulasan