Foto Selfie Ibu Remaja Kurus Kering Mula Tersebar

Foto Selfie Ibu Remaja Kurus Kering Mula Tersebar

Loading...
Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dan kebuluran di Nilai semalam, ditahan polis malam tadi.

                      
Wanita ini menggunakan nama Imashima Lola di facebook dan beliau jga turut meletakkan 2 keping foto lama anaknya remaja OKU


Sementara itu beliau juga mendakwa hidup susah dan tidak mampu menjaga anaknya.

                      

                    

Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

                
PENGARAH Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman merupakan orang pertama menemui remaja terbabit dalam sebuah bilik rumah pangsa di Taman Semarak,Nilai, semalam.

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.

Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya.

“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.

Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.


                
KEADAAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai semalam kini semakin pulih.

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan.

rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang.

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan.

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

Respon pembaca:

                        


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. biar makamah yang menentukan
    kadang2 kita tak tau citer disebalik kisah ini

    salam kutoo kembali dengan contest terbaru disini http://kutooobamboo.blogspot.com/2014/06/contest-kisah-di-bulan-puasa-jom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap ibunya dapat hukuman yang setimpal

      Padam
    2. kita benci sikap dia tu..abaikan anak..ye la x kan tak sedih dia tengok muka anak tu..kt yg x kenal pun rasa sedih...semoga adik firdaus lekas sembuh dan keadilan ditegakkan...ps : nasib firdaus akan lebih baik pasni...sy geram baca ayat mak dia konon buat keputusan letak adik firdaus kat JKM...tapi kamu pun pasti akan dimasukkan ke tempat yg sepatutnye jugak...jgn ingt alasan bagai tu boleh lepas...geram3

      Padam
  2. tak boleh terima alasan mak dia tu. Ya Allah. Semoga maknya di kenakan hukuman yang setimpal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la..akak ada terbaca salah seorang komen pembaca di FB yang mendakwa,ibunya seorang yang bergaya ketika gi kerja

      Padam
  3. Memang xlogik punya alasan..sampai xsempat nak bersihkan anak dan tukarkan baju yg dah reput....jahil!

    BalasPadam
  4. Bg kami dibhg perubatan klu di lihat di segi fizikal ank itu bermakna di ibu sda niat biarkan ank dia mati sbb cara fizikalnya mberitahu bhw mknn cuma di beri bbp hari sekali shj dan keadaan kotor ktrlaluan mjuruskan ank itu trdedah kpd jangkitan tp Allah Maha kuasa memberi ank itu bernafas dan trpelihara dari penyakit dpy di jumpai org dan trbongkar kezaliman dan kejahatan hati si ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. allahuakhbar..mungkinkah tkanan emosi yang dialami oleh ibunya terlalu kuat,namun harus diingat..apalah dosa anak itu diperlakukan sedemikian rupa

      Padam
  5. Klw btul trlalu sempit,,,,mne ank yg sowg lg.....boley wat plihn nk wktu bkrja...xkn la pihk catering xtw owg mmpunyai ank ke x.....ibu nye xlogik lgsung...mmg la kite hrus liht mslh sbnr d hadapi oley s ibu...cume xlogik...bg mkn pstu bia..dh tw ank tu kurg upaya...ape la slh amek shif pg or mlm....xkn la keje 24jm.....tolg la ye.klw nk bg alsan pn.....jgn men sebut tnp pk yg owg len ni pndai pk lg dr ko....sy ni bujg pn de prasaan sedey wlupun xrs de ank lg....tp boley rs kesedihan budk tu....

    BalasPadam
  6. sabar yea adik firdaus...sesungguhnya allah amat menyayangimu....semoga adik cepat sembuh seperti sedia kala...biar allah yang menghitung segala2nya di akhirat kelak...syurga itu pasti untuk adik...

    BalasPadam
  7. sabar yea adik firdaus...sesungguhnya allah maha pengasih dan penyayang...
    semoga adik diberi kesihatan seperti sedia kala...allah maha mengetahui apa yang adik lalui selama ini...semoga allah melindungi dan memelihara adik selepas ini...

    BalasPadam
  8. huhu...tempat ni xjauh dari USIM..saya pelajar USIM...baru arini saya terbaca n mengetahui tentang adik firdaus ni.... SUBHANALLAH.... Allah mengetahui hakikat sebenar apa yang berlaku antara adik firdaus ini dengan ibunya.... Semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan adik firdaus... and semoga adik firdaus menjadi anak yang soleh... :)

    BalasPadam

jerit kat sini