Loading...
Bismillah.
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...
Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
Manakala ini adalah sedikit respon dari pembaca:
Terkini KIsah Muhammad Firdaus pagi ini:
"Emak, makan, minum," inilah tiga perkataan yang diungkap dalam nada tidak jelas oleh remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, di atas katil wad kanak-kanak, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.
Ternyata apa yang diluahkan oleh remaja itu cukup menyentuh perasaan dan dia benar-benar amat merindui belaian kasih seorang ibu yang suatu ketika dahulu menyuapkan makan dan minumnya, apatah lagi semasa remaja itu duduk di atas kerusi roda.
Ungkapan itu didedahkan oleh Pengarah HTJ, Datuk Dr. Jaafar Che Mat tentang reaksi remaja itu semasa meninjau keadaannya sambil memberitahu bahawa Muhammad Firdaus hanya diberikan makan makanan lembut seperti roti dan air susu.
"Daripada pengamatan pihak hospital, kita dapat melihat cara Muhammad Firdaus makan sangat cepat (rakus), seolah-olah dia sudah lama tidak menikmati makanan. Pihak hospital memberikan makanan yang lembut kerana dibimbangi cara pemakanan itu boleh mengakibatkan masalah lain termasuklah sesak nafas andainya kuantiti yang diberikan berlebihan. Saya tidak dapat pastikan pada waktu ini sama ada dia diberikan makanan semasa ditinggalkan atau yang tidak berzat.
"Apa yang dapat saya jelaskan, remaja ini mungkin dapat bertahan disebabkan pergerakan yang terhad dan berhibernasi semasa ditinggalkan bersendirian di dalam rumah itu,'' katanya di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatan Yang Dipertua Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang juga isteri Menteri Besar di sini hari ini.
Jaafar juga menjelaskan, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan terhadap remaja berkenaan, tiada sebarang kecederaan dan hanya luka disebabkan digaru sendiri tetapi tidak menolak Muhammad Firdaus telah didera dari segi emosinya.
Tambah beliau, pihaknya juga telah menghantar laporan awal kepada polis untuk menjalankan siasatan.
"Laporan penuh hanya akan dikemukakan selepas rawatan terhadap remaja malang itu selesai. Kita jangkakan berkemungkinan besar dia akan menerima rawatan sekurang-kurangnya lebih sebulan dan bergantung terhadap keupayaan remaja berkenaan kerana banyak lagi proses pemulihan akan dilakukan termasuklah dari segi fizikal dan emosi.
"Dari segi aspek kesihatan tubuh remaja itu, pihak hospital akan memberikan antibiotik, makanan berprotein, rawatan fisioterapi dan pemberian lemak memandangkan remaja berkenaan hanya mempunyai berat 15 kilogram ketika mula-mula dirawat di sini,'' katanya.
Jaafar juga menjelaskan Muhammad Firdaus ditempatkan di bilik berasingan untuk keselesaannya bersama-sama adik tirinya, Muhammad Haziq Jali, 7, selepas ibunya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
31 Ulasan
allahuakbar, muhasabahlah diri sendiri. semoga allah melindungi anak ini.
BalasPadamHmmm...I dun think so those keyboards warrior and generasi 'mohon share' share di fb ni sengaja suka suki nak jatuh kan fitnah. What we did is satu reaksi spontan dengan video penemuan kanak kanak istimewa ini yg dalam keadaan yg super dhaif. Apatah lagi bila screenshot si ibunya yang galak berselfie dalam keadaan serba sempurna itu mula tersebar ofcoz semua orang akan melenting. Sama ada berita itu betul atau palsu OFCOZ KITA SEMUA AKAN MELENTING! Sebabnya mudah...at least masih ada sisa kemanusiaan dalam diri kita yang dikatakan pejuang pejuang keyboard ini.
BalasPadamUntuk blogger akakdisebalikpintu.blogspot ni akak beruntunglah kononnya akak mendapat first hand information dari mereka yg rapat dengan keluarga kanak kanak ini tapi bila akak dengan riak menuduh kami sengaja menyebarkan fitnah tanpa hujung pangkal I think that is too much. Really too much. Kalau akak cakap si Lola tu sebenarnya sayangkan anak dia habis tu kami ni apa? Yg orang semua melenting marah ni suka suka ker? Di sebabkan kita orang care lah kita orang beri reaksi begini. We get mad just bcoz we care! Saya sendiri tak setuju bila kita semua memaki hamun Lola tak tentu pasal sebab kita tak berada ditempat dia. So kita tak tahu apa sebabnya dia tergamak buat macam tu. Tapi saya jugak percaya yg kita semua tak terdetik langsung nak menabur fitnah. Ini cerita tentang kemasyarakatan lah kak bukan cerita politik. Lola bukan icon politik atau celebrity yg sampai jadik penyebab untuk org tabur fitnah.
Akak sepatutnya cuma menerangkan atau mensejukkan kemarahan kami dgn menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Itu saja. Kami baca dan kami akan berfikir dan kami akan faham di mana silapnya. Tapi malangnya akak dengan bongkaknya lebih suka menyerang kami dengan menyindir dan menuduh kami golongan yg menabur fitnah. Esok jangan sampai nanti kami yg dituduh keyboard warrior ni cakap 'eiii...pergi mampos lah sama korang! Aku ambik berat salahnya tak ambik berat salah' sudah lah....
Orang orang macam akak ni lah sebenarnya buat orang orang macam kami menjadi lebih ignorance. Yer lah kang kalau kita sibuk sibuk nak ambik tahu ambi berat hal keliling tup tup ada orang serang kita kata kita ni busy body kepoh nak jaga tepi kain orang. Dari dituduh begitu baik kita persetankan dengan apa yg dah berlaku! Maka jadiklah kita satu masyarakat yg tak akan ambik pedulik dengan apa yg berlaku disekeliling kita. Itu ker yang akakdisebalikpintu.blogspot.com yang serba sempurna imannya ini mahukan?
Choi!!
Someone pls tepekkan komen mak ni kat blog hakak pintu ni...geram pulak kita dibuatnya...
*hmm...sesuatu yg aku pelik. Dalam keadaan daif jual botol kotak segala bagai diselebungi kemiskinan yg melampau macam tu sempat jugak si lola tu berbulu mata tujuh tingkat berselfie bagai yer? Part tu akak yg main sorok sorok di balik pintu ni tak nak pulak terangkan kat celah bedah mana munculnya gambar tu. Manalah tahu kot kot gambar tu adalah hasil super impose dari CIA ker MOSSAD ker yg sengaja dengki kan si Lola ni sehingga sanggup nak tabur fitnah yg macam akak tuduh kita orang ni yer tak?
setuju sngat2...ibu yg betul2 sayagkn anak akan sanggup buat apa saja utk kebaikan anak. ni kita tgk video dia pun kita nk menangis meruntun jiwa...anak terbiar x terurus, bergelumang dgn najis, pakai baju reput, badan tggl tulang ntah2 bagi makan seminggu skali....ibu yg baik ke tu???
Padampenulis sebenar ada ditulis dibawah entry ni..harap maklum
Padamaku setuju dgn komen hang ayu........si lola tu kalo betul sygkan anak yg cacat tu.......kenapa anak tu di biarkan dlm keadaan daif dgn baju tak bertukar......bilik di kunci penuh dgn sampah pasir taik.....macam harem je yg bela si lola tu
PadamApe pn biar la die jwap dgn Allah nti, tp sbgai ibu x spatutnye buat anak mcmtu, langsung x turus dn tjaga, ssbuk mana skali pon sssh mane skali pon anak perlu duruakn dgn baik, mkn pkainye xkan spai x bole nk mandikn anak? Kemas bilik anak? Berikn baju yg elok? Bkn nk yg mahal cuma yg tmampu, hrtu ade dsurat kbh makcik yg anak 4 smuanye cacat, ssh jgk, makcik tu pon sakit jgk tp anak2nya smua tjaga walaupn hdup dlm ksshan, pucuk pangkal hati kite, emmm wahllahuallam.....
BalasPadamakaksebalikpintu..nak tanya brapa lola hantar ke keluarganya..kalau rm100..boleh tak rm10 tu pegi nilai3 beli baju..lagi rm5 pegi kedai gunting rambut..kalau tak boleh jugak..pegi beli gunting rm2 gunting sendiri..jangan lah fikir manusia ni semua bodoh..kami juga ada akal..boleh fikir..adakah dia berjuang untuk anaknya?kalau akak tak percaya akak pegilah nilai 3..tak payah nilai 3..pasar malam taman semarak dekat je dengan flat dia..rm10 boleh dapat 3..'di mana ada kemahuan,di situ ada jalan'
BalasPadambuat pe antar duit kat parents die dsabah sedangkan anak sendiri kebulur tak terurus? mna lagi penting? anak ke parents? pemberian tuk parents mengikut kmampuan. sekiranya tak mampu. jgn hantar..heran aku.. takkan nenek diorang mau meliat cucu kebulur.. tak gitu? mcm ape punya statement..
BalasPadamYess setuju...itu alasan supaya org kesian n percaya cerita dia...
PadamXberapa nak setuju...maaflah ye..mungkin akak dengar crita psal ibu dia n terys percaya...hatta kalau dikatakan lipstik n bulu mata tu terjumpa pun akak percaya? X ada alasan utk ibu biarkan anak mcm tu...at least bleg guntingkan rambut tu...atau bersihkan anak tu...xguna modal pun..
BalasPadamDia ni betul2 keyboard worriors yg xde akai...apa benda la yg ko nk ttp sgt cite ni??? Aku pun susah gaks...tp anak xde la pakai bj compang camping, tdo ngn taik srmua... citet u x logik la brother...
BalasPadamCiter xmasuk akal. Aku pun susah gak tp xde la anak pakai bj xtukar sethn, tdo ngn taik kencing bagai... ramai je yg susah kat malaysia ni...tp anak xde la d beri layanan spt pn lola ni...akak d sebalik pintu...mmg keyboard worrior semata...akai xdak...ko ingat kitaorg xleh pikir logik ka?
BalasPadamDia ni betul2 keyboard worriors yg xde akai...apa benda la yg ko nk ttp sgt cite ni??? Aku pun susah gaks...tp anak xde la pakai bj compang camping, tdo ngn taik srmua... citet u x logik la brother...
BalasPadamtp kak, kenapa anak yang sorg lg tu sempurna je pakaian dia?
BalasPadamhttp://www.aimiemokhtars.com
Kak blog akak ni xsampai ke pemikiran semua orang. Fitnah ker betul ke semua nanti allah yg balas baik buruk nya. Yg penting sekarang kita bantu adik ni. Bunyi petir tum tam dlm laman maya ni xda ubah apa2 pun. Inyallah sy akan lawat adik ni dan sumbangkan pakaian kpda adik ni. Sy pun pernah rasa sehelai sepinggang.
BalasPadamDalam fb si lola ni siap kata kete rosak!
BalasPadamAlasan bodoh bangang xleh pakai..kalau daif sampai xleh nak beli baju skali pun, bersihkanlah rumah yg bau taik kencing sume tu..bg budak tu tinggal dlm condition bersih.beli sabun fab bersih lantai baru seringgit sekotak! berus sabut nk bersih lantai baru 80sen!xde duit sgt ke nak beli roti gardenia 3.40 sebungkus? or roti gardenia 70 sen! air paip rebus, kasi budak tu minum..xde la anak malang tu nampak mcm nyawa2 ikan dh..ko mesti nak tutup aib ko yg mmg berniat nk bunuh anak ko sendirik kann..supaya xde la susah hdup ko kt dunia ni. tp Tuhan tak bagi..sebab kat dunia lg Tuhan bukak aib ko terang-terang dengan bagi jalan pd pihak Imigresen utk jumpa apa yg ko dh lakukan!! sepandai2 ko sembunyi pun, kalau Tuhan kata takkan berjaya takkan berjaya jugak..patut sula jer mak mcm ni.beranak buat anak sedap2 nak..nk jaga mengelat.huh!
BalasPadamMaaflah..mmg x blh percaya apa y akak kat blkg pintu ni tulis..xde niat hendak fitnah,tp sbg manusia y ada akal dn hati kita blh nilai sendiri..sy seorang ibu. Dn sy x akn biar anak sy x mkn,tido ngn najis semua tu..biarlah sy x pki gincu,x pki tudung bling2,x pki bulu mata pelsu pun..biarlh sy huduh pun asalkan..anak sy kenyang perut..pki bju walau lusuh pun jnji x koyak rabak..Tlg fikir dn celik hati ya kak d blkg pintu!!
BalasPadamentry ni bukan saya tulis..nama penulis sebenar ada dibawah entry ni..harap maklum
PadamHanya di balik pintu je.. betul la.. dosa jugak tu tduh2 org tabur fitnah pulak.. sama2 la kita taubat.. tlg setakat yg mampu.. jgn nk 'share' sgt.. n jgn nk paksa org 'share' sgt..
BalasPadamYA ALLAH,,,kau permudahkn law segala urusan nya..
BalasPadamTolongla kak..kite sebagai mak..walau susah mcm mane pon..mkn..pakai anak diutamakan dulu..saya pon ade anak istimewa. .bkn berbangga. .tp fikir secara logik..mkn anak dulu walau ape2 pon..smpi skrg ni bile teringat atau terbace mengenai adik firdaus ni saya menangis. .apela nasib dia di lakukan mcm tu..saya pon gaji x besar..tp Alhamdullilah saya dpt bg anak mkn..walau saya x mkn..tolongla ckp bende yg logik..tolongla ade rase berperikemanusiaan..membiarkn anak sendiri yg lahir dr perot sendiri..tgl berseorangan..jgn ckp xtau ade bantuan dr kerajaan..facebook boleh pulak update..maknenye celik it jgkla. .tolong saya merayu..kite ni insan yg terpilih utk jg anak2 istimewa tu..in shaa Allah..setiap anak istimewa tu ade rezeki masing2. .mcm anak saya..ade je rezeki kami..tanpa diduga..baju x di tukar. .x jg kebersihan anak..ape tu?? Ckpla bende logik yg boleh saya terima..tentang anak2 istimewa ni..jgnla diabaikn..
BalasPadamanak2 adalah amanah tuhan,apatah lagi anak2 istimewa..pasti saja syurga ganjaran buatnya
PadamKite sebagai ibu..walau mcm mane susahpon akan sedaya upaya berusaha nk bg anak mkn..mntk maafla..jdla logik skit..saya pon ade anak istimewa..saya tatang dia mcm myk yg penuh. .segala2nya berkisar tentang dia kak..kite kene tau kite ni insan2 yg terpilih dpt anak istimewa..patutnye kite bg sepenuh perhatian kt dia..bukan biar dia hdp sorang2 mcm tu..tertekan jiwa saya tgk gmbr firdaus..terus teringat anak sata..anak sulung saya..betapa kejamnye hati seorg ibu sgp biarkn anak yg sepatuynye kite bg sepenuh perhatian..tgl sorang2 xde makan..baju koyak rabak..alhamdullilah..walaupon gaji saya x besar..tp saya dpt besarkn anak2 saya..beli susu mereka..lg besargaji mak firdaus dr gaji saya..tp ape2 pon Allah msh kurniakn saya akal fikiran yg munasabah utk melayan ank istimewa saya dgn sepenuh perhatian..mkn x pernah tgl utk dia..diala rezeki saya..kami sentiase murah rezeki bile kite x rase anak istimewa tu menyusahkn kite..jgnla sekali kali fikir mcm tu..mak firdaus satu tmpt keje ngn suami saya..siap ade fb berbagai..celik it la tu..bkn x celik..mesti tau kerajaan ade bantuan2 utk anak2 kurang upaya. .walaupon kerajaan ni ssh nk luluskn..mcm anak saya..x dpt bantuan2 yg sepatutnye tp Alhamdullilah saya msh boleh beri anak2 saya mkn..pakai..biar mak bapak nj berlapar dr tgk anak2 berlapar..maafla..saya x dpt terima alasan mak firdaus..saya menangis x sudah. .bile terkenang..bace mengenai adik firdaus ni..kesian dia..nsb sebegitu rupe..ape la salah dia..dia pon x mntk dia lahir ke dunia nk jd anak istimewa..fikirla..secare logik..ni dunia nyata ni..bkn drama atau filem..yg boleh menidakkn perbuatan seseorg. .apetah la seorang wanita yg bergelar MAK..sedih sgt saya..sgp dia..biarkn anak kelaparan..keseorangan..hanya Allah yg dpt membalas segale perbuatan dia..jgnla bg dia jg firdaus..ltk la firdaus ditempat yg sepatutnye..perhatian utk badan2 kerajaan.. spt pusat zakat kite ngn JKm..cube jalankn amanat yg diberi..sedih ni..xtaula nk fikir mcm mane lg..alasan yg x logik..baju koyak rabak..anak smpi kurus kering..ya Allah..baju smpi koyak mcm tu..ape tu???
BalasPadamsemoga Lynn tabah dengan dugaan yang diberi olehNYA,akak paham..anak sedara akak juga adalah anak OKU...mmg banyak dugaan pada ibu dan ayahnya namun namun itu adalah amanah Allah yang harus dijaga sebaik2nya..insyaallah pasti ganjaran syurga menanti
BalasPadamApa masalah manusia yg x boleh nk terima terguran ya..jika kita salah mmg salah..terpulangbla pada tuannya nk marah atau nk tergur mcm mana sbb dua pun bkn nabi..tp yg pelik kita patut sedar bertapa berluas luasanya fitnah ni sejak ada multimedia ni..tak sedar ke kita bencana2 yg dtg skrg nie? Kemisinkinan..wabak penyakit..panas berpanjangan..tlg la org melayu islam kembali la kita kepada al quran...sunah rasul kita..
BalasPadamApa masalah manusia yg x boleh nk terima terguran ya..jika kita salah mmg salah..terpulangbla pada tuannya nk marah atau nk tergur mcm mana sbb dua pun bkn nabi..tp yg pelik kita patut sedar bertapa berluas luasanya fitnah ni sejak ada multimedia ni..tak sedar ke kita bencana2 yg dtg skrg nie? Kemisinkinan..wabak penyakit..panas berpanjangan..tlg la org melayu islam kembali la kita kepada al quran...sunah rasul kita..
BalasPadamApa masalah manusia yg x boleh nk terima terguran ya..jika kita salah mmg salah..terpulangbla pada tuannya nk marah atau nk tergur mcm mana sbb dua pun bkn nabi..tp yg pelik kita patut sedar bertapa berluas luasanya fitnah ni sejak ada multimedia ni..tak sedar ke kita bencana2 yg dtg skrg nie? Kemisinkinan..wabak penyakit..panas berpanjangan..tlg la org melayu islam kembali la kita kepada al quran...sunah rasul kita..
BalasPadamMoments bagaimana adik Firdaus dijumpai dan diselamatkan :
BalasPadamhttp://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2014/06/cerita-bekas-pengasuhkisah-sedih-puan.html
shes a devil,,x berperikemanusiann..mengalah pada takdir..pentingkan diri dan tidak menyempurnakan amanah Allah pada dia...lagi nak tipu org...mengaku jelah kesalahan mengabaikan anak...minta ampun kat Tuhan...x payah nak bermuka-muka..tambah lagi dosa tu...tak guna pakai tudung manik2 tu sedangkan amanat yang satu tu pun x terjaga..org gaji 700 pon boleh jaga anak 5 org x sampai kurus kering mcm tu..giler ke apa pompuan ni
BalasPadamSemoga Ramadhan ini membawa sinar untuk adik firdaus...
BalasPadamjerit kat sini