Amoi hina Islam suruh kunyah chewgum sebab mulut berbau semasa berpuasa!

Amoi hina Islam suruh kunyah chewgum sebab mulut berbau semasa berpuasa!

Loading...
“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan konsep 1Malaysia, hormat menghormati antara agama perlu ada dalam diri. Bukan menghina atau mencaci agama orang lain.”

Itu tegas Pengerus Belia Taman Kota Cheras, Razali Amran berhubung sebuah laman web Faceebook milik seorang wanita Cina yang menghina agama Islam.

“Dia ingat dia siapa? Orang Islam pun tak caci hina agama dia, kenapa mesti sentuh agama Islam?

“Perbuatan wanita ini sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan selagi dia tidak tampil memohon maaf secara terbuka.

“Saya tak nak sentuh apa dia cakap tetapi sebagai rakyat Malaysia, dia sepatutnya tahu menghormati agama orang lain kerana kita hidup dalam sebuah negara berbilang kaum,” katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan di laman Facebook Ester Yeam yang menyebut: “saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kerana kalau tidak buat macam itu, nafas kamu semua sangat berbau dan sangat mengganggu orang sekitar. sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. nonsense,”.



Mengulas tindakan yang wajar diambil ke atas sesiapa sahaja yang menghina agama Islam, kata Razali, masalah yang dibangkitkan adalah umum.

“Tak kira agama apa sekalipun, kita tidak ada hak untuk mencaci dan menghina agama orang lain.

“Siapa yang melakukannya, perlulah berhadapan tindakan mahkamah mengikut agama yang mereka kaitkan.

“Orang-orang begini mesti dipanggil kerana perbuatan yang dilakukan boleh mencetuskan suasana tidak sihat di negara kita,” jelasnya.

                                  




Malaysia Gazzete


Catat Ulasan

3 Ulasan

jerit kat sini