Sedekah Cara Baru

Sedekah Cara Baru

Loading...
                                

JEDDAH 17 Mei - Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.

Malah, gambar peti sejuk tersebut yang diletakkan di bahu jalan itu tersebar dengan pantas di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook selain turut dilaporkan media antarabangsa termasuk stesen televisyen BBC.

Lelaki itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti ais itu berfungsi apabila penduduk di sana meletakkan makanan berlebihan di dalam peti ais itu yang boleh diambil oleh golongan kurang bernasib baik.

Seorang pengguna Twitter, Sheikh Mohammad Al-Araifi menerusi akaunnya melahirkan penghormatannya terhadap lelaki dari Hail itu kerana secara tidak langsung melakukan kerja amal.



“Lelaki ini telah mengajar kita pengajaran berguna supaya tidak membazirkan makanan. Ia merupakan cara mudah yang boleh dimulakan mana-mana pihak daripada membuang makanan itu ke dalam tong sampah," kata Abdulaziz Ahmed, sebagaimana lapor Arab News.

Sementara itu, beberapa penduduk Arab Saudi sejak berita itu disiarkan berikrar mengambil langkah sama dengan meletakkan peti sejuk mereka di lorong-lorong dan di hadapan masjid tempatan.

“Pembuangan makanan berlebihan sering berlaku di sini terutamanya ketika Ramadan," kata seorang peniaga, Saleh Shamawi.

Penduduk Arab Saudi sebelum ini pada Ramadan akan menyumbangkan makanan ke masjid dalam usaha mengurangkan fenomena meminta sedekah.

Malah menurut media antarabangsa, idea itu telah mendapat populariti di kalangan penduduk di negara-negara asing.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. boleh tak kalau malaysia buat macam ni yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak salah kalau mencuba,namun apa yang dibimbangi andai peti sejuk tu jadi punah ranah,tau-tau je lah macamana orang kita ni,alangkan talipon awam pun boleh tinggal pondoknya aje,taliponnya entah kemana...huhu

      Padam
    2. Silap2 dengan peti sejuk sekali kena sedekah.. Kat masjid pun dah ada penyamun.. Inikan pula terpampang depan mata..

      Padam
    3. betulla tu..tau je la macama mentaliti masyarakat kita...huhu

      Padam
  2. Idea yang sungguh bernas dan boleh dipraktikkan dimana.

    BalasPadam
  3. Ini bukan perlu ubah coding lah Kak Tie... Cuma tukar tajuk dalam entri jadi format header tag.

    Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/cara-guna-header-tag-dalam-entri.html#ixzz327bYOIfa
    Original article: relakssminda.blogspot.com

    BalasPadam

jerit kat sini