Moga Allah Memberkati Pakcik Ini

Moga Allah Memberkati Pakcik Ini

Loading...
gambar sekadar hiasan semata-mata...

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?

Ya, boleh pakcik.

Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Cerita seorang Ayah! Sedih
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.
Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.



Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.
Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.

Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..
Motor.

Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.

Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
~hargailah pengorbanan ayah & ibu kita... kepada yang masih belajar, belajar la dengan bersungguh-sungguh... ingatlah harapan kedua-dua insan tersayang ini...
share untuk muhasabah diri sendiri dan kawan2..



Catat Ulasan

0 Ulasan