Abdul Wahab Iyanda.Lahirnya Bersama Al-Quran kecil Dalam Genggaman

Abdul Wahab Iyanda.Lahirnya Bersama Al-Quran kecil Dalam Genggaman

Loading...
Sekarang isu hudud. Hudud itu adalah hukum yang diturun melalui al Quran. Kita ambil kisah tentang keajaiban Al Quran yang berlaku pada 7 Mei 2012, dimana seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. 


Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dan abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012. 

Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda.

Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani. 

Yang menariknya, bayi ini dilahirkan di sebuah gereja di Mushin, Lagos State, Southwest Nigeria. Semuanya adalah kehendak Allah swt.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.



 Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan. 

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komuniti Nasrulifathi, Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb. 

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, Ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.



Catat Ulasan

0 Ulasan