MH370:Intan Selamat Melahirkan Zuriat Hazrin,Pramugara MH370

MH370:Intan Selamat Melahirkan Zuriat Hazrin,Pramugara MH370

Loading...

"Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."

Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

                          
"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "



Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.

Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

                           
"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.

Hampir 3 bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.

Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru- pencarian di dasar laut.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. anugerah yang terindah... Allah did something with a reason

    BalasPadam
  2. Sedih..tapi itulah rencana Allah..DIA tau apa yang terbaik untuk kita..semoga Intan tabah membesarkan Iman & Muhammbad..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebak nya rasa bila terkenangkan betapa tabahnya Intan..mudah2an dia terus cekal demi masa depan anak2

      Padam
  3. semoga mami tabah membesarkan anugerah indah ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..itu yg seluruh rakyat m'sia harapkan

      Padam
  4. Sebak membaca...betapa kuat dugaannya, didoakan semoga sentiasa tabah dan dipermudahkan menjalani kehidupan buat intan sekeluarga..

    Kak tie, salam ukhwah :)
    Jempot ke blogsenyumansihat.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Sebak membaca...betapa kuat dugaannya, didoakan semoga sentiasa tabah dan dipermudahkan menjalani kehidupan buat intan sekeluarga..

    Kak tie, salam ukhwah :)
    Jempot ke blogsenyumansihat.blogspot.com

    BalasPadam

jerit kat sini