MH370;Demi Anak Intan Bakal Bersara

Putrajaya: "Saya akan fokus untuk membesarkan anak kedua saya memandangkan kelahirannya adalah hadiah tidak ternilai buat saya dan suami," kata Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara MH370, Mohd Hazrin Hasnan ketika ditemui di Hospital Putrajaya.

Wanita berusia 34 tahun itu berkata kemungkinan besar dia akan bersara dari pramugari untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada bayi dan anak sulungnya.

                            



"Apapun saya masih lagi belum membuat keputusan muktamad dan kini hanya mampu berharap semuanya berjalan dengan baik, "katanya.

Sebelum ini dia cuti dan tidak mengikuti penerbangan apabila mengandungkan anak keduanya dan hanya menunggu waktu bersalin.
                             
Katanya, sebelum ini saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata lelaki dan memberikan nama Muhammad.


"Syukur sepanjang kelahiran Muhammad dia juga tidak banya ragam dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

"Saya akan menghabiskan masa berpantang di kediaman saya di Shah Alam sambil ditemani ibu. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga, " katanya.

Meskipun tanpa suami di sisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Intan Maizura melahirkan Muhammad Mohd Hazrin kira-kira jam 4 petang semalam.

Suaminya, Mohd Hazrin Hasnan adalah salah seorang anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan Barat Australia dan Selatan Lautan Hindi masih belum diketahui.


Ulasan

  1. Tahniah untuk Intan dengn kelahiran Muhammad. Simpati dengan nasib mereka semua..Semoga semuanya dipermudahkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan mudah menjadi setabah Intan..semoga semangat Intan terus kuat demi anak2

      Padam
  2. moga intan tabah dan kuat hadapi dugaan hebat ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!