Media barat dedah Sultan Brunei, kerabat boros, maksiat walaupun laksana hudud

Media barat dedah Sultan Brunei, kerabat boros, maksiat walaupun laksana hudud

Loading...
                          
Peserta demonstrasi memegang sepanduk dalam perhimpunan membantah pelaksanaan hudud oleh Sultan Brunei di depan hotel milik Sultan Brunei, Hotel Beverly Hills, California, Amerika Syarikat, pada Isnin. – Gambar Reuters.

Selepas pelaksanaan hukum hudud di Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, pendedahan gaya hidup boros dan bergelumang dengan maksiat melibatkan pemerintah dan kerabatnya didedahkan media barat.

Media berkenaan mengkritik kehidupan peribadi Sultan Brunei dan kerabatnya dan pendedahan melibatkan anakanda Sultan, Putera Abdul Azim dan adiknya, Putera Jefri Bolkiah dilakukan.

Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang gemar mengadakan parti liar dengan selebriti Hollywood.


\
"Putera Azim, anak kesayangan Sultan Brunei juga menghabiskan banyak wang untuk menjemput bintang ke sambutan ulang tahunnya dan menghabiskan masa berparti di Barat," kata penulis majalah itu, Daniel Greenfield dalam artikelnya.

Azim juga didedahkan pernah minum arak sehingga mabuk bersama mendiang Michael Jackson yang diketahui ada kecenderungan dalam hubungan sejenis dan ia didedahkan sendiri oleh selebriti Amerika Syarikat, Aaron Paul Sturtevant.

Selain itu, adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah, juga didakwa sebagai teman akrab kepada sultan untuk berhibur dan mempunyai hampir 40 pelacur yang disimpan di hotel Dorchester, London.

Jefri juga dikatakan seorang yang boros dan menghabiskan wangnya membeli pelbagai koleksi bernilai jutaan ringgit.

Malah, Jefri juga sebelum ini dilaporkan oleh Reuters cuba menghalang daripada gambar "statut erotik" yang menunjukkan beliau sedang membuat hubungan kelamin didedahkan dalam satu perbicaraan mahkamah di New York.

Daniel berkata, selebriti di Hollywood membantah pelaksanaan undang-undang Islam di negara tersebut kerama menyifatkan ia sebagai tidak adil.

"Bukan undang-undang Islam itu yang kejam, tetapi ia tidak dilaksanakan ke atas kumpulan elitis sebaliknya rotan, rejam dan pukul hanya ke atas rakyatnya," katanya.

Pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei menerima kritikan banyak pihak, malah selebriti Hollywood juga memprotes usaha tersebut.

Terbaru, pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson memboikot hotel milik Sultan Brunei, termasuk The Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles.

Selain Branson, beberapa selebriti lain seperti Stephen Fry, pengacara TV Sharon Osbourne dan pelawak, Ellen DeGeneres juga memboikotnya.

Kumpulan aktivis dan sivil di barat juga memprotes pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei.

                        

Tahun lalu, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke dalam sistem perundangan negara itu, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah".

Mulai April lalu, Brunei secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada pengenalan kepada Kod Penal Syariah yang baru.

Lazimnya rakyat Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.

Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada parti PAS.

Disember lalu, kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan Sultan Brunei itu.

Delegasi berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.

Kerajaan negeri Kelantan juga akan membawa Usul Persendirian ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan restu untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk Hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan banyak pihak khususnya daripada parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan parti komponen Barisan Nasional, MCA. – 9 Mei, 2014.

Kekayaan Putera Azim Anak Sultan Brunei


PUTERA Azim Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, anak kedua Sultan Brunei. Kehidupan anak bilionair, bak kata ‘hidup di dalam syurga’. Apa yang diingini mampu diperoleh dalam sekejap sahaja. Putera Azim bukan hanya tidur bangun sahaja, malah menghabiskan harta apanya yang tidak ternilai banyaknya. Itu pun belum boleh dihabiskan selagi minyak di Brunei kering.

Pada setiap hari, Putera Azim meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat karib di studio rakaman. Apabila Putera Azim berada di studio berkenaan, orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali dengan izinnya. Putera Azim bercita-cita menjadi seorang penulis lirik lagu yang terkenal di dunia pada satu hari nanti. Beliau tidak perlu bimbang dengan masa depannya sebagai seorang artis memandangkan Putera Azim seorang anak jutawan tersohor di dunia.

Beliau boleh membeli dan menjual album berkenaan sekiranya mahu. Bukan untuk mengejar kekayaan, sebaliknya memenuhi masa hidupnya di mana kekayaannya tidak mampu dihabiskan sampai beberapa generasi.

Untuk menunjukkan rasa sayang kepada tunangnya, Putera Azim telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang dinamakan Furby. Belian berkenaan yang dilitupi dengan ‘permata sehalus rambut’ dan di dalam permata berkenaan terdapat bayangan beberapa orang penari yang bernilai Paun sterling 3 juta.

                             

Antara selebriti berkenaan ialah pelakon utama dalam filem Titanic iaitu Leonardo DiCaprio. Dua tahun lepas, Putera Azam bertemu dengan pelakon Harry Potter dan sempat makan bersama-sama sambil bertanyakan perkembangan terkini dunia hiburan.

Sebenarnya ayahnya, Sultan Brunei mempunyai beberapa buah hotel antaranya Beverly Hills Hotel di Bandar Los Angeles dan Plaza Athenee di Kota Paris . Di hotel berkenaan terdapat beberapa padang golf dan turut melakukan aktiviti seperti lumba kuda.

Putera Azim pernah beberapa kali berjumpa dengan Putera Charles William ( Britain ) dan bermain golf bersama-sama. Kedua-dua anak raja ini begitu akrab sekali seakan-akan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Putera Azim meminati muzik dan sering kali menjemput selebriti seperti Mariah Carey dengan jet peribadi ke kediamannya. Beliau sanggup membayar Paund Sterling tiga juta untuk sekali persembahan sahaja daripada penyanyi terkenal iaitu Mariah Carey. Beliau juga memberi kalungan berupa biji berlian dan cincin permata kepada penyanyi berkenaan atas sumbangannya menghiburkan hati anak raja ini. Boleh dikatakan kehidupan Putera Azim banyak dihabiskan dengan menghibur diri sendiri.

Pada tahun 2004 yang lalu misalnya, beliau telah menjemput Diana Ross untuk menghiburkan hatinya. Diana Ross menyanyi di hadapannya yang turut disertai menjemput kumpulan orkestra yang tersohor dari Britain dan Putera Azin pernah beberapa kali menyanyi dengan Diana Ross.

Pada tahun yang sama, Putera Azim memanggil Micheal Jacson menyanyi di kediamannya dan perkara ini telah menjadi berita sensasi di Barat dan Eropah. Putera Azim juga memberi cincin yang bernilai Paun Sterling 300,000 kepada Micheal Jacson. Persembahan oleh Micheal jackson telah disaksikan oleh Putera Azim dengan tunangnya. Begitu hebat sekali kehidupan anak seorang jutawan dunia.

Putera Azim juga pernah mengadakan pertandingan Fasion For Relief yang diuruskan oleh Naomi Campbell yang bertujuan untuk mengutip derma mengumpul wang bagi membantu mangsa banjir di Amerika. Pada majlis berkenaan, Putera Azim telah menjemput Madonna untuk membaca sebuah lirik kepadanya sahaja sebelum mengambil gambar bersama-sama selebriti berkenaan.

Putera Azim juga gemar menghabiskan masa beristirahat di Barat Laut Kalimantan, Brunei . Berkelulusan dari Universiti Singapura dan Oxford Brookes, kehidupannya banyak dihabiskan dengan menikmati keindahan alam semula jadi selain berdampingan dengan selebriti yang terkenal di dunia.

Sumber http://alkurawi.blogspot.com/

LONDON – Putera Azim iaitu anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menganjurkan parti mewah yang dihadiri bintang-bintang Hollywood dan selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut penjual bunga tempatan, bil untuk pelbagai jenis bunga yang dihantar ke parti itu adalah sebanyak £70,000 (RM410,766).

Bagaimanapun, beberapa selebriti kelas A menghadiri parti itu yang diadakan di Hotel Stapleford Park House di Leicestershire yang dimiliki oleh ibu Putera Azim, Mariam Aziz iaitu bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah.

Antara selebriti yang dipercayai hadir dalam parti itu ialah Sophia Loren, Faye Dunaway, Ursula Andress dan Joan Collins.

Tetamu lain termasuk Jerry Hall, Mariah Carey dan Janet Jackson.

Parti itu yang diadakan baru-baru ini dihadiri oleh 230 tetamu.

Penyanyi yang melakukan persembahan ialah Chaka Khan dan kumpulan muzik jaz iaitu Incognito.

Menurut pihak pengurusan kedai bunga Vass, sebanyak 12 kakitangan diperlukan untuk menyediakan dan menghantar sejumlah bunga dengan kos £70,000.

Namun, jurucakap Putera Azim iaitu Jeff Allen menafikan harga bunga itu mencecah sehingga £70,000 dan menganggapnya sebagai tidak tepat.

Jurucakap itu turut menafikan bahawa sebahagian selebriti dibayar untuk menghadiri parti tersebut.

Bagaimanapun, Allen mengesahkan beberapa tetamu diberikan tiket penerbangan percuma tetapi tidak kelas pertama.

Turut hadir dalam parti itu ialah adik Putera Azim iaitu Putera Mateen, Puteri Azemah dan Puteri Fadzillah.

Jurucakap itu menganggap majlis itu merupakan parti keluarga dan menafikan ia sebagai satu pembaziran.

Allen enggan menyatakan kos parti itu tetapi berkata: “Ia merupakan parti yang hebat dan setiap orang berasa gembira.”

– Kosmo
       

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. alhamdulillah.. hentikan lah text batu api ini..
    Rakyat Brunei banyak terdiri dari orang2 yang beriman dan bertaqwa serta berserah pada Allah dan sentiasa mendoakan raja dan kaum kerabat negara serta seluruh umat manusia...
    walau macam mana pun kritikan luar negara.. yg penting Negara brunei Raja dan Rakyat tetap saling sayang menyayangi dan mendoa kan raja serta raja mendoakan rakyat..
    renungkan lah..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. hentikan lah text batu api ini..
    Rakyat Brunei banyak terdiri dari orang2 yang beriman dan bertaqwa serta berserah pada Allah dan sentiasa mendoakan raja dan kaum kerabat negara serta seluruh umat manusia...
    walau macam mana pun kritikan luar negara.. yg penting Negara brunei Raja dan Rakyat tetap saling sayang menyayangi dan mendoa kan raja serta raja mendoakan rakyat..
    renungkan lah..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. hentikan lah text batu api ini..
    Rakyat Brunei banyak terdiri dari orang2 yang beriman dan bertaqwa serta berserah pada Allah dan sentiasa mendoakan raja dan kaum kerabat negara serta seluruh umat manusia...
    walau macam mana pun kritikan luar negara.. yg penting Negara brunei Raja dan Rakyat tetap saling sayang menyayangi dan mendoa kan raja serta raja mendoakan rakyat..
    renungkan lah..

    BalasPadam

jerit kat sini