Mat Said Telah Pun Di Lambung Ombak

Keluar UMNO Kerana Pendirian atau Agenda Peribadi?

                        

Satu perkara yang sah ialah berita oleh TerengganuToday milik Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bertajuk ‘Ibu Pejabat Umno Malaysia Nafi Spekulasi Pertukaran MB Terengganu’ yang disiarkn pada 9 Mei 2014 lalu boleh ditertawakan.

Selain itu ternyata sudah kenyataan Datuk Abdul Rahman Bakar dan Datuk Nik Dir Nik Wan Ku jauh daripada keupayaan mempertahankan Ahmad Said.

Kenyataan itu juga boleh ditertawakan. Malah mereka ini menjelaskan lagi sikap mereka yang berkepentingan peribadi! Kedua-duanya membawa berita 'lapuk'.

Pertukaran tetap berlaku.

Sementara dua Ketua Bahagian – Abdul Latiff Awang (Marang) yang sudah menyatakan pendirian sementara Nawi Mohamad (Besut) - yang mempertahankan kedudukan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar belum jelas pendirian selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.

Bagaimanapun tiga yang sudah mengisytiharkan keluar UMNO ialah Ghazali Taib (ADUN Ajil), Roslee Daud (Bukit Besi) serta Ahmad Said sendiri (Kijal) mengisytiharkan mereka sebagai ADUN Bebas.

Yang turut dikaitkan kini ialah Ir. Rosli Othman (Kemasik) Nawi (Hulu Besut) serta kemungkinan Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri). Kita berdoa ia tidak berlaku!

Keadaan kerusi di Dewan Undangan Negeri Terengganu sekarang ialah UMNO 14, PAS 14 dan 1 PKR.

Persoalan sekarang ialah kenapa mereka ini keluar parti?

1. Ahmad Said – beliau menunjukkan kekecewaannya walaupun prinsip yang ditegaskannya ‘jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Ternyata beliau sudah dilambung ombak.



2. Ghazali Taib – menghadapi kesukaran di DUN sendiri kerana isu kepimpinannya, selain saudara terdekat dengan isteri Ahmad Said. Dalam konteks tugasnya sebagai Exco beliau dapat menjalankan tugas dengan baik; dan

3. Roslee Daud – banyak dipersoalkan mengenai kepupayaan dan kelulusannya. Dengan portfolio yang dipegangnya, beliau dikatakan menghadapi masalah menjalankan tugasnya dengan baik.

Ada laporan mengatakan Ahmad Said sangat kecewa apabila beliau diminta meletakkan jawatan pada ketika kenduri perkahwinan anaknya sedang berlangsung.

Pada Jumaat ini, 16 Mei 2014 akan diadakan pula di Kijal. Minggu lalu majlis diadakan di Taman Tamadun Islam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar Duli berangkat ke majlis tersebut.

Mungkin permintaanAhmad Said supaya dilewatkan tarikh tempoh tamat perkhidmatannya tidak dilayan yang menyebabkan beliau terasa sangat.

                               

Persoalannya beliau tahu tarikh akhir dirinya sebagai Menteri Besar pada tarikh ditetapkan. Perkara ini sudah dimaklumkan setahun lalu.

Dan kebetulan tarikh perkahwinan anaknya dikatakan ‘terpaksa dipinda beberapa kali’ kerana memohonan perkenan Sultan Terengganu untuk hadir.

Apakah kejadian pertembungan tarikh ini silap di pihak Ibu Pejabat UMNO atau Jabatan Perdana Menteri?

Ia secara kebetulan dan Ahmad Said pun tidak wajar dipersalahkan kerana tarikh pertembungan tarikh berkenaan.

Cumanya, ketentuan Allah sedemikian dan Ahmad Said tahu tarikh beliau patut berundur.

Sewajarnya Ahmad Said boleh bertemu lebih awal dengan Perdana Menteri dan menyatakan hasratnya supaya tarikh pengundurannya ditetapkan. Namun, semua orang tahu sikap dan perangainya!

Kedua-duanya dengan menyatakan sokongan dan dinaikkan sepanduk dan banner menyokong Ahmad Said – ia bagaikan suatu tindakan mencabar kepimpinan Perdana Menteri.

Siapa yang mengarahkan dibuat sokongan dan siapa yang arahkan dinaikkan banner dan sepanduk berkenaan?

Orang di Kuala Terengganu atau daerah lain di Terengganu boleh mengagaknya. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya!

Selain itu, ada yang mewar-warkan kononnya kehadiran Sultan Terengganu ke majlis persandingan anak Ahmad Said sebagai ‘sokongan istana kepada Ahmad Said’.

Kehadiran (keberangkatan Sultan Terengganu khususnya) seseorang ke majlis perkahwinan adalah tanda ikatan persahabatan dan rapatnya antara mereka.

Namun ia tidak boleh digambarkan sebagai ‘tanda sokongan’.

                              

Lagipun yang penting ialah, Sultan Terengganu mempunyai hak dan pilihannya untuk mempersetujui siapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menjadi Menteri Besar.

Kenangkanlah jasa Sultan Terengganu yang meletakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar selama lima tahun.

Ahmad Said sendiri tidak pernah terbayang beliau akan menjadi Menteri Besar. Jadi jika Tuanku Mizan memperkenankan orang lain pula, Ahmad Said sepatutnya akur!

Sebelum ini sebilangan rakyat Terengganu menuduh Datuk Seri Idris Jusoh kononnya ‘menderhaka’ kepada Sultan Terengganu kerana membantah beliau tidak dilantik semula sebagai MB Terenngganu.

Ironinya Idris engambil sikap berdiam diri dan tidak pun keluar UMNO atau berbuat sesuatu yang boleh merudumkan kerajaan UMNO Terengganu.

Tidakkah Ahmad Said sedikit pun tidak terkilan kerana cara keluar UMNO sebagai tindak balas kepada keputusan Sultan Terengganu merestui Ahmad Razif sebagai MB baru?

Bagi Ahmad Said dan penyokongnya, sewajarnya keputusan UMNO, Pejabat Perdana Menteri dan persetujuan Sultan Terengganu untuk melantik Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dihormati.

Sebagai orang Islam yang sering menggunakan sumpah al-Quran dalam menafikan beliau rasuah atau melakukan perbuatan salah laku, beliau hendakllah kembali kepada al-Quran dalam kesnya ini.

Seperti berulang kali saya katakana, kun fayakun akan menentukan nasibnya.

Allah menghendaki dia menjadi Menteri Besar pada 2008 dan Allah menghendaki beliau turun pada 2014, maka dia perlu menerimanya dengan tabah.

Soal cara diperturunkan sama ada ia agak ‘keras’ dan ‘tergesa-gesa’ adalah bentuk tindakan yang memang sukar diterima tetapi perlu dihormati.

Mungkin Ahmad Said kena berfikir balik, pernahkah dia melakukan perbuatan kasar atau keras yang serupa apabila ‘memecat atau mengundurkan seseorang daripada jawatan yang beliau sendiri lantik ke tapak tersebut’.

Kalaupun beliau tidak melakukan sendiri tetapi oleh orang yang rapat dengannya tetapi dengan bersetuju, beliau sebenarnyaa turut terpalit.

Jika ada, ini bermakna mungkin ia hasil daripada doa mereka yang teranianya atau memang balasan Allah di atas dunia agar Ahmad Said beristifar.

Hakikatnya masa masih ada untuk memohon maaf. Namun untuk menjadi MB kembali ia sukar, apa lagi dengan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas.

Cumanya dibimbangi ialah dengan melakukan tindakan sedemikian, apakah tidak ada tindakan belas daripada pihak-pihak yang melihat Ahmad Said sudah mencabar mereka?

Dan jika ada tindakan, mungkin bukan Ahmad Said yang mungkin terkena tetapi orang sekelilingnya yang selama ini dilihat ‘rapat’ juga akan terpalit sama. Wallahualam….

sumber:Teganuku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!