Loading...
Ramai pihak kini mula mempertikaikan soal maruah bekas Menteri Besar Terengganu, Mat Said gara-gara tindakan beliau "keluar UMNO" dan kini menjadi "ADUN Bebas" yang menyaksikan Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) kini semakin goyah dan pasti bakal tumbang.
Selepas Mat Said, beberapa orang ADUN lagi mengikuti jejak langkah beliau ialah YB Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan diikuti oleh YB Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) hari ini.
Bakal menyusul katanya ialah YB Dato' Mat Jidin (ADUN Permaisuri), YB Ir.Rosli (ADUN Kemasik) dan YB Nawi (ADUN Hulu Besut).
Persoalannya apakah mereka ini "tiada maruah" atau mereka sbenarnya lebih bermaruah kerana tidak mahu main "Politik Pak Turut" yang diamalkan dalam UMNO sekarang?.
Benar, keputusan menukarkan MB Terengganu terletak ditangan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dengan perkenan Sultan. Namun, apalah salahnya Najib berbincang secara "gentleman" dengan Mat Said sebelum membuat keputusan drastik itu.
Apa salahnya Najib berbincang dengan Mat Said, dengan menawarkan beliau jawatan penting dalam kabinet atau setidak-tidaknya menjadi Pengerusi dalam syarikat GLC kerajaan seperti Idris Jusoh dulu. Ini tidak,
Mat Said ditamatkan riwayat sebagai MB dengan hanya menjadi ADUN biasa, sudahlah jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri juga digugurkan. Kenapa ia berlaku dengan begitu cepat.
Umum masih ingat ketika Dato' Sri Adnan Yaakob dilantik menjadi Menteri Besar Pahang duu, Tan Sri Khalil Yaakob masih dibenarkan memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Kemudian peralihan kuasa dibuat secara beransur-ansur bagi mengelakkan perpecahan dalam parti UMNO itu sendiri.
Kini, Mat Said berjaya memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin
Ini tidak berlaku kepada Mat Said, beliau seolah-olah merasa ada pihak sengaja mahu memalukan dirinya. Najib tidak dapat tunggu selepas anaknya melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei ini, maka ituah Mat Said terasa begitu malu.
Mana mungkin, majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut secara "grand" kerana anak MB bertukar menjadi acara biasa. Ini jelas akan memalukan Mat Said, itu belum lagi kerusi beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertukar nanti.
Langtaran ituah, Mat Said merasa maruah beiau sengaja dicalarkan demi kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Makanya dia mengambil keputusan keluar UMNO berkuatkuasa serta merta. Apakah beiau tidak kuat perjuangan seperti yang didakwa oeh sesetengah pihak?.
Dalam hal ini, jelas sekali "politik maruah" mengatasi "politik pak turut". Najib sepatutnya menangguhkan dulu pertukaran MB kerana jika dikatakan Mat Said gagal, apa bezanya dengan di Perak yang kedudukan kerusinya hampis sama dengan di Terengganu.
Kenapa Zambry Kadir tidak termasuk dalam senarai pertukaran?. Inilah hakikat sebenarnya yang beraku sekarang. Sama-samalah ambik ikhtibar atas semua ini.
Apapun, senario di Terengganu sungguh mengejutkan ramai pihak. Nantikan episod seterusnya. - PDO
http://pahangdaily.blogspot.com/
1 Ulasan
Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
BalasPadamSekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606
WEB KAMI :
kahwinthaibest.b1ogspot.c0m
drina1998.b1ogspot.c0m
jerit kat sini