Lori jatuh dalam parit di Chabang Tiga,Ehh...Kampong Saya Ni...

Lori jatuh dalam parit di Chabang Tiga,Ehh...Kampong Saya Ni...

Loading...
                               

Seorang pemandu lori yang sedang asyik menikmati air tebu, hanya mampu melihat lorinya menggelongsor lalu masuk ke dalam parit berhampiran Pasar Chabang Tiga di sini, tengah hari semalam.

Mohd Aizizudin Shafie, 30-an, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, sewaktu dia berhenti untuk membeli air tebu di pasar berkenaan untuk menghilangkan dahaga.

Menurutnya, sebelum keja-dian, dia yang berasal dari Seberang Takir itu, sempat menghantar stok tepung sagu di Losong dan berhenti di Pasar Chabang Tiga kerana ingin membeli air.




“Kejadian itu berlaku terlalu cepat.. ketika saya minum air tebu, saya toleh dan tengok lori saya menggelongsor perlahan-lahan ke dalam parit.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa, hanya mampu melihat kejadian malang itu,” katanya.

                                    
Kata Mohd Aizizudin, dia hairan bagaimana lori itu boleh menggelongsor kerana dia sudah menarik brek tangan.

“Saya kemudian panggil trak tunda bagi membolehkan lori saya ditarik naik,” katanya.

Jelasnya, dia juga terpaksa turun ke dalam parit yang kedalamannya hampir dua meter itu untuk menyangkut alat penyangkut trak tunda pada lorinya agar dapat ditarik naik ke darat.

p/s...pasar chabang tiga terletak betul-bertul dihadapan rumah saya,memang sejak dari dulu jalan disini sentiasa sesak terutama pada bulan puasa..kenderaan yang parking kat sini pun main pakai redah je...ikut dia je nak letak mana.kita yang jalan kaki pun takut tengok



Catat Ulasan

0 Ulasan