Header Ads

Isu gay,Siapa Lelaki Berotot Dalam FB Ramkarpal?

loading...
                          

GEORGETOWN 20 Mei - Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan mempersoalkan tujuan calon DAP PRK Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo memuat naik gambar lelaki berotot di laman sosial Facebook beliau.

Menurut Cheng Guan, beliau berasa terpanggil untuk mengetahui pilihan seksual anak mendiang Ahli Parlimen kawasan tersebut, Karpal Singh ekoran beliau belum melangsungkan perkahwinan sungguhpun telah berusia hampir 40 tahun.

“Kenapa Ramkarpal memuat naik banyak gambar lelaki berotot di FB dia.


“Dia sudah 38 tahun dan belum berkahwin, kamu tak rasa ada yang tidak kena berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Isu tersebut kemudiannya dijawab Ramkarpal sendiri dan beliau dilihat sedikit berang dengan sindiran tidak masuk akal Huan Cheng.

“Dia (Huan) tak ada perkara lain (lebih baik) untuk dibuat dalam kempennya?” tegas Ramkarpal.

Tempoh kempen PRK Bukit Gelugor kini memasuki hari ke- 9 dan kesemua calon kini giat menjalankan kempen menggunakan taktik masing-masing untuk meraih undi.

Selain Ramkarpal dan Huan Chen, turut bertanding adalah dua calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohd Zan.

Saya bujang tapi bukan gay

                            

Berang dengan sindiran itu, Ramkarpal menafikan beliau seorang homoseksual dan berharap untuk mencari pasangan hidup segera.

Menyifatkan sindiran itu sebagai “tidak masuk akal”, peguam itu menyatakan kekesalannya terhadap lawannya yang menggunakan taktik sebegitu.

“Dia (Huan) tak ada perkara lain (lebih baik) untuk dibuat dalam kempennya?” tambahnya.

Selain Huan, Ramkarpal turut berdepan dua lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohd Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar.

Kerusi Bukit Gelugor kosong ekoran kematian bapa Ramkarpal, Karpal Singh, akibat kemalangan jalan raya bersama pembantunya di Perak pada 17 April lalu


Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.