Loading...
Di samping mengerjakan pelbagai tugas negara, sepertinya Kate Middleton mempunyai hobi baru. Belakangan ini, dia sedang senang-senangnya melakukan belanja online.
Seperti dilaporkan oleh Showbizspy, isteri Putera William ini sepertinya tidak boleh menahan diri untuk menempah pelbagai barangan melalui dunia maya. Salah satu barang yang paling sering dipesannya adalah pakaian.
Tak hanya membeli barang untuk dirinya sendiri, Kate juga suka membelikan pelbagai barangan untuk putra kecilnya, George Alexander Louis . Dan hampir setiap hari dia mendapat kiriman barang-barang yang dipesannya secara online.
" Kate suka sekali menempah pakaian secara online. Dia beli barang untuk dirinya sendiri, dan barang-barang lucu untuk anaknya, George , "ungkap salah satu sumber.
Sumber tersebut melanjutkan bahawa kebiasaan ini mula muncul sejak dia pulang dari lawatan Down Under yang berlangsung di New Zealand dan Australia bulan April lalu.
Rupanya, perjalanan selama tiga minggu telah membuat Kate makin tergila-gila pada kaedah belanja yang satu ini.
"Dia mendapat bungkusan hampir tiap hari sejak pulang dari lawatan Down Under. Pastinya banyak sekali pengeluarannya," lanjut sumber tersebut.
0 Ulasan
jerit kat sini