Loading...
ANALISIS Tumpuan meluas ke atas Dyana Sofya Mohd Daud masih belum reda, terutama di media sosial, sejak peguam muda itu diumumkan sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan lima hari lalu.
Namun, apa yang dapat diperhatikan, beliau tidak lagi menjadi sasaran siulan gatal dari golongan tertentu ketika bergegas dari satu program ceramah ke program lain.
Para penyokong yang menunggu ketibaannya dengan setia di program berkenaan bukan hanya mahu melihat tuan punya badan, tapi untuk mendengar buah fikirannya.
Dyana bagaimanapun hanya muncul untuk berucap selama kira-kira lima minit, sebelum bergegas ke lokasi lain.
Ucapannya juga disediakan dengan rapi, berdasarkan nota kecil yang tidak lekang dari tangannya.
Setiap beberapa saat, beliau akan meneliti notanya sebelum meneruskan ucapan. Di setiap acara, beliau akan mengulangi mesej sama, malah dengan pengucapan dan lenggok penyampaian yang seragam.
Para penyokong berkenaan biasanya juga akan memberi sorakan paling kuat untuk pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap sebelum atau selepas beliau.
Penyokong berkenaan diperhatikan akan bersorak dan bertepuk tangan dengan kuat apabila Dyana naik ke pentas untuk diperkenalkan.
Namun, ucapannya selepas itu gagal mengekalkan reaksi sama dari khalak yang hadir.
“Saya dengan orang Teluk Intan tertekan dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Betul?," soalnya.
“Betul...,” sahut beberapa orang dari ratusan yang hadir sejak awal senja untuk mendengar ucapanya.
Perkara ini dapat diperhatikan di kesemua lima ceramah hariannya dalam kempen di Teluk Intan.
Dyana juga dilihat amat berhati-hati ketika berinteraksi dengan para hadirin, apabila suaranya tidak lagi ditenggelami sorakan dari peminat yang mengagumi rupa parasnya.
Dalam satu ceramah di Pekan Baru Teluk Intan, tumpuan para hadirin beralih kepada Gobind Singh Deo selepas Dyana meninggalkan pentas.
Gobind hanya mengulangi ucapan yang sama untuk kesekian kalinya, namun dengan penyampaian yang memukau.
Di setiap lawatannya, Dyana akan dinaungi pemimpin kanan DAP. Parti GERAKAN sendiri membangkitkan bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang akan mengambil alih sidang media untuk menjawab soalan diajukan wartawan kepada Dyana.
Malah dalam sidang media lain, pemimpin kanan DAP akan menjawab soalan bagi pihaknya.
Dyana akan mengharapkan kepada pemimpin DAP di kiri dan kanannya untuk menjawab soalan-soalan sukar daripada wartawan, yang berharap agar beliau tidak hanya memberi jawapan ringkas.
malaysiakini
1 Ulasan
Masih baru lagi belum pandai nak bercakap soal politik.
BalasPadamTapi tak mustahil selepas ini beliau pun akan menjadi bijak sebab beliau bukan calang-calang org.
jerit kat sini