MH370: Rumah Tangga Kapten Zaharie Berantakan?

MH370: Rumah Tangga Kapten Zaharie Berantakan?

Loading...

Di sebalik semua pihak masih lagi bersedih dengan tragedi yang berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, media barat pula dilihat semakin gemar menjatuhkan hukuman terhadap juruterbang pesawat terbabit iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah.


Terbaharu, akhbar tabloid UK, Daily Mail terus memainkan spekulasi berkaitan kehidupan peribadi Zaharie, bapa kepada tiga orang anak, yang mungkin menjadi penyebab utama kepada insiden malang tersebut.

Menerusi akhbar tersebut yang memetik sumber daripada seorang rakan Zaharie yang enggan dikenali menyatakan ada kemungkinan masalah rumah tangga yang dialami Zaharie menjadi penyumbang kepadanya untuk bertindak di luar batasan semasa sedang bertugas mengendalikan pesawat tersebut.

Menurur rakannya itu lagi yang juga merupakan seorang juruterbang, Zaharie juga didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain sehingga mendorong isterinya berpindah keluar daripada kediaman mereka.

Lantas, Zaharie, 53, didakwa berasa sangat kecewa dengan keputusan isterinya itu sehingga membuatkan fikirannya seakan tidak ‘stabil’ untuk menjalankan rutin kerjanya.

Penyiasatan kini tertumpu kepada Zaharie berikutan dia mempunyai simulator penerbangan di rumah selain kehidupan peribadinya yang dilihat lebih rumit daripada pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Namun seperti yang diperkatakan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini, semua penumpang dan anak kapal MH370 adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

p/s...Jadi, diharapkan anda tidak terpengaruh dengan segala spekulasi yang dibawakan oleh media antarabangsa yang saban hari cuba memprovokasi keadaan yang sudah sedia rumit ini.harap maklum

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bis, kalau dia nak bunuh diri, takkanlah co-pilotnya nak ikut sekali. Mesti dia melawan. Dah tentu dia muda lagi dari Kapt. Zaharie ni. Atleast sempat nak tekan butang apa-apa ke dalam flight tu masa bergelut kan. Nampak sangat tak logiknya. Orang putih memang suka memburuk-burukkan negara kita ni. Macam diorg je yang pandai

    BalasPadam
  2. berhentilah menunding jari kepada beliau atau sesiapa sahaja, selesaikan dahulu pencarian kes ini....

    BalasPadam
  3. Siapalah yang sanggup tulis macam ni kak tie. Pity him coz tak dapat defend diri dia. Moga kita tak tersalah langkah dan sama-sama mengumpul dosa..

    BalasPadam
  4. baca kat bawah nasihat Hishamuddin..jgn terpengaruh dgn berita yg belum sahih

    BalasPadam

jerit kat sini