Header Ads

Kapal tunda disangka pesawat terhempas

loading...
SEBUAH kapal tunda disangka kapal terbang penumpang di Lautan Atlantik dekat Gran Canaria, Kepulauan Canary kelmarin.
MADRID, Sepanyol - Perkhidmatan Kecemasan Kepulauan Canary milik Sepanyol tersilap sangka apabila mempercayai maklumat yang disalurkan seorang lelaki yang mendakwa dia melihat sebuah kapal terbang di permukaan Lautan Atlantik kelmarin.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan itu menyatakan, lelaki tersebut melihat objek seperti kapal terbang penumpang di atas lautan semasa berjalan di tepi pantai Pulau Gran Canaria.
"Dia (lelaki tersebut) memberitahu kami, terdapat sebuah kapal terbang dan kami mula melakukan misi pencarian," tambahnya.
Ketika beberapa buah helikopter penyelamat dan polis dikerahkan ke kawasan pencarian, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Gran Canaria mengesahkan kepada perkhidmatan kecemasan bahawa objek yang dilihat itu ialah kapal terbang.
Pihak perkhidmatan kecemasan kemudian menghantar kenyataan di laman Twitter dengan membuat pengesahan bahawa sebuah kapal terbang terhempas 3.21 kilometer dari pantai.
Bagaimanapun, beberapa buah helikopter di lokasi kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut bukan sebuah kapal terbang.
Namun, objek itu sebenarnya adalah sebuah kapal tunda yang kelihatan seperti sebuah kapal terbang. - Agensi


1 ulasan:

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.