Akhirnya.. Pasangan Malaysia Di Sweden Didapati Bersalah Dan Dipenjara

Akhirnya.. Pasangan Malaysia Di Sweden Didapati Bersalah Dan Dipenjara

Loading...
Pasangan Malaysia yang didakwa kerana mencederakan anak-anak mereka di Sweden dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana pencabulan serius terhadap integriti anak-anak mereka.

Pasangan di Sweden Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalluddin didapati bersalah mencederakan anak-anak mereka dan dijatuhkan hukuman penjara
Ibu kepada kanak-kanak, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dua bulan kerana pencabulan serius terhadap anak perempuan dan dua anak lelakinya, lapor The Star hari ini.

Azizul Raheem Awalluddin yang bekerja di Sweden sebagai pengarah Tourism Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan.

Bagaimanapun beliau dilepaskan terhadap kesalahan terhadap anak lelaki bongsunya.‎

Pada 1979, Sweden menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan hukuman korporal.

Laporan awal mengatakan pasangan tersebut menghukum anak mereka yang berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.

Mengikut penahanan pasangan itu, empat adik-beradik tersebut pada mulanya diletakkan di bawah penjagaan keluarga bukan Muslim, mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, selepas anak-anak berkata mereka tidak gembira dan rindukan ibu-bapa mereka.

Laman Facebook yang bernama "Bring Shal and Family Home", melobi pembebasan pasangan tersebut mendapat lebih kurang 20,000 'like'.

Pihak berkuasa Sweden kemudiannya membenarkan anak-anak pulang ke Malaysia.

Setibanya mereka, mereka dijemput oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkata Putrajaya akan cuba sedaya-upaya untuk membantu pasangan Malaysia itu mempertahankan kes mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan