Kembar Tiga Namun Lahirnya Lima Tahun Kemudian

Wisbech - Ketika seorang ibu, Nicola Brightey memberitahu kepada orangramai jika dia mempunyai anak kembar tiga, tiada yang mempercayainya.

Mereka hanya tahu jika Brightey mempunyai anak kembar. Ya, adik yangketiga, Elizabeth, tiba ke dunia lima tahun kemudian setelah kedua saudara laki-lakinya telah lahir lebih dulu.

 Padahal, ketiganya dikandung dalam waktu yang sama.  ketiga anak kembar ini telah melengkapkan pasangan Brightey dan suaminya Kevin, yang telah cuba untuk mempunyai anak selama 15 tahun terakhir.

Usaha mereka sudah pasti membuahkan hasil. Tak sia-sia wang yang dikeluarkan sebanyak 20 ribu pound  untuk mendapatkan bayi kembar tiga dengan menggunakan teknologi in vitro fertilisation (IVF), di mana telur difertilisasi oleh sperma di luar tubuh, sehingga cara ini tidak mudah bagi kedua-dua pasangan itu.

"Sungguh menakjubkan apabila mengetahui bayi kembar tiga saya lahir dengan salah satunya berasingan lima tahun.

Orang tidak  percaya apabila saya memberitahu mereka bahawa mereka semua dikandung pada masa yang sama," tutur Brightey.

"James dan Daniel tidak sabar bertemu dengan saudara perempuan ketiga mereka dan sekarang mereka begitu protektif terhadap dirinya.

Kami telah menunggu begitu lama untuk mempunyai anak, sekarang keluarga kami sudah lengkap setelah sekian lama, "tambahnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!