Kasihnya Ibu

Kasihnya Ibu

Loading...
Membaca kisah ini diakhbar-akhbar hari ini,buat perasaan saya tersentuh..betapa kasih ibu,membawa ke syurga.

Dulu masa saya masih mentah,bila terkenang ibu yang menyerahkan saya pada keluarga angkat kerana kemiskinan...saya marah,kecewa,namun apabila usia makin menginjak dewasa,makin tua..dan punya anak...baru kini saya faham pengorbanan besar yang dilakukan ibu saya..Wajah polos ibu dan renungan sayu matanya sentiasa dalam ingatan.
Ibu saya...Saodah

Kisah kasih ibu yang benar-benar menyentuh perasaan saya hari ini..

MELIAH (kiri) Badrol (dua dari kiri) dan kakitangan JPN mengambil gambar Abd. Rahman untuk membuat kad pengenalan baharunya di Kampung Bukit Nambua, semalam.
KUALA NERANG - Kasih seorang ibu berusia 100 tahun menjaga anaknya berumur 62 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) tidak pernah luntur.
Meliah Md. Diah dari Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing Kanan di sini masih sihat untuk menjaga anak bongsunya Abd. Rahman Saud.
Abd. Rahman yang cacat sejak kecil akibat diserang penyakit sawan hanya mampu terbaring dan tidak boleh berjalan itu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada orang lain termasuklah untuk mandi serta makan.
Meliah yang kematian suami 20 tahun lalu kini tinggal berdua bersama Abd. Rahman setelah tiga daripada empat orang anaknya meninggal dunia.
Dia yang mengamalkan makan ulam-ulamaan sejak muda hanya mengalami masalah pendengaran dan tidak menghidap sebarang penyakit.
Menurut Meliah, setiap hari beliau akan menguruskan anaknya itu dan menyuapkan makan minumnya.
Kadangkala dia dibantu cucu saudara yang tinggal berhampiran.
"Saya bersyukur dikurniakan kesihatan dan masih mempunyai kudrat untuk menjaga Abd.Rahman yang memerlukan perhatian sepenuhnya.
"Andai kata suatu hari nanti saya meninggal dunia dulu, saya berharap saudara-mara yang ada dapat menjaga dia," ujarnya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatan kuasa Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang menziarahi Meliah serta menyampaikan sumbangan wang dan barang keperluan dapur.
Turut hadir ialah pegawai Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah yang memberikan perkhidmatan memperbaharui kad pengenalan Abd. Rahman.
Badrol Hisham memberitahu, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan sewajarnya untuk keluarga itu walaupun Meliah adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Orang ramai yang ingin memenghulurkan bantuan juga boleh menghubungi cucu saudara Meliah, Mohd. Sofian Abd. Rahman ditalian 013-5954155.
MELIAH menyuapkan anaknya nasi.

“Kini yang tinggal hanya kami berdua menghabiskan sisa hidup bersama. Sejak kecil sehingga sekarang, Man (Abd Rahman) dilahirkan cacat kerana penyakit sawan yang dialaminya. Dia hanya mampu meniarap dan mengensot sedikit demi sedikit untuk bergerak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. mulianya pengorbanan seorang ibu... iitu yg boleh dikatakan..

    BalasPadam
  2. ibu memang sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya...

    BalasPadam
  3. subahanallah... memang besar pengornan ibu

    BalasPadam
  4. Kasih ibu kpd anaknya tiada bandingan... syurga ditelapak kakimu.

    Akak...tolong support share G+ artikel ini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/pengikat-kasih-sayang-yeos-pilihan-semulajadiku.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Tie...
      tapi Kak Tie G+ pada entri lain bukan di entri link yg saya sertakan diatas. (ianya penyertaan contest yeos)

      Padam

jerit kat sini