Wow..Margot Ada 55 000 pasang baju,Bila Nak Pakai...

Wow..Margot Ada 55 000 pasang baju,Bila Nak Pakai...

Loading...
Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar!

 Menurut Paul yang kini tinggal di California, beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari.

Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras.

Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan "hobi" bapa beliau beberapa tahun yang lalu.

Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot.





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Dah bleh open kedai/butik baju ni.. ^^

    BalasPadam
  2. ahhaha macam2 manusia nie

    tq sudi singgah dah komen ;) miss tau !

    BalasPadam
  3. Wah banyakknya..bertuah margot..boleh buat charity sale ni!!!

    BalasPadam
  4. Untung la badan...Sehari boleh pakai 5 pasang kot!

    BalasPadam

jerit kat sini