Loading...
Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, pasar besar rantau panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar.
Kalau tengokkan gambar kebakaran pasar besar Rantau Panjang Kelantan yang sedang marak ni, agak susah untuk pasukan bomba nak padamkan kebakaran.
Biarpun begitu, tersebar di beberapa Page FB tentang kejadian aneh tetapi benar di kawasan kebakaran Pasar Besar Rantau Panjang berkenaan.
Setelah api padam, masyarakat sekitar dapati sebuah musalla yang terdapat di kawasan Pasar Besar Rantau Panjang ini tidak terjejas akibat kebakaran tersebut.
Berikut gambar musalla yang tidak terjejas akibat kebakaran di pasar besar rantau panjang;
Musalla di pasar Rantau Panjang tidak terbakar
tidak terjejas sedikitpun dalam kebakaran
Kemaskini:
Laporan semua akhbar melaporkan bahawa sebanyak 60 unit kedai di Pekan Rantau Panjang berhampiran Sungai Golok musnah dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi. Kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit. Tidak ada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Berikut adalah gambar-gambar selepas berlaku kebakaran;
Biarpun begitu, tersebar di beberapa Page FB tentang kejadian aneh tetapi benar di kawasankebakaran Pasar Besar Rantau Panjang berkenaan. Setelah api padam, masyarakat sekitar dapati sebuah musalla yang terdapat di kawasan Pasar Besar Rantau Panjang ini tidak terjejas akibat kebakaran tersebut. . Berikut gambar musalla yang tidak terjejas akibat kebakaran di pasar besar rantau panjang;
RANTAU PANJANG - “Tiap kali mahu tidur, saya pasti bermimpi api membakar kedai,” kata seorang peniaga, yang juga mangsa kebakaran di Bazar Mimi Zon Bebas Cukai, di sini, semalam.
Meskipun kebakaran yang memusnahkan 60 unit kedai berlaku empat hari lalu namun, peniaga, Hasnah Mamat, 54, berkata, bahang api yang membakar keseluruhan kedainya, masih terasa hingga ke hari ini.
Menurutnya, keadaan api yang marak dan asap yang tebal memberi pengalaman ngeri buatnya sepanjang 20 tahun berniaga di Bazar Mimi.
“Ketika kejadian, saya nekad masuk ke kedai untuk mengambil beberapa guni stok jersi yang baru sahaja ditempah namun dihalang oleh orang ramai.
“Api terlalu cepat marak menyebabkan bahagian depan bazar terbakar dalam masa beberapa minit,” katanya, selepas meninjau kerosakan di kedainya, semalam.
Hasnah, yang lebih dikenali sebagai Kak Nah Jo berkata, disebabkan kebakaran itu, dia mengalami kerugian lebih RM300,000, termasuklah stok jersi yang baharu sampai, bernilai RM25,000.
Sebelum ini katanya, dia berusaha untuk membeli insurans namun semuanya gagal kerana kedudukan kedai tidak menepati spesifikasi pembinaan selamat.
“Semua rakan peniaga di sini juga mengalami nasib yang sama, mengalami kerugian ratusan ribu ringgit malah tidak dilindungi insurans.
“Sepanjang berniaga di sini, saya dah dapat agak, pasti berlaku sebarang kejadian tidak diingini, namun saya terus berdoa sekiranya berlaku kemalangan, ia tidak membahayakan pekerja dan ahli keluarga saya,” katanya.
Isnin lalu, Zon Bebas Cukai yang sinonim dengan syurga membeli belah dalam kalangan pelancong, hangus dalam kebakaran.
Dalam kejadian 11.25 malam itu, menyebabkan 60 unit kedai di Blok B Zon Bebas Cukai dan sebahagian Bazar Mimi hangus sama sekali.

sumber:Tuan Tanah kedaung
0 Ulasan
jerit kat sini