Anda Ada Beruk Atau Kera?Sila Daftar Kat Sekolah Ni..

Anda Ada Beruk Atau Kera?Sila Daftar Kat Sekolah Ni..

Loading...
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Sekolah untuk beruk dan kera

email
comments
Sekolah untuk beruk dan kera
KOTA BHARU: Lazimnya kita mendengar, hanya sekolah untuk manusia, namun di Padang Halban, Melor, Kota Bharu, terdapat sekolah untuk beruk dan kera.

Bagi gurunya atau pelatih bagi binatang berkenaan sekolah ini penting bagi mengajar beruk dan kera berkenaan memetik kelapa muda dan tua.

Wan Ibrahim Wan Mat, 60, yang mahir melatih beruk menurunkan kelapa, mampu melatih 15 hingga 20 ekor beruk pada satu-satu masa.

Wan Ibrahim, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan, berkata sehingga kini beliau telah berjaya melatih kira-kira 10,000 ekor beruk sejak 20 tahun lalu.

Latihannya mengambil masa lebih seminggu untuk menjadikan beruk-beruk itu pakar pemetik buah kelapa, dan hanya menggunakan empat perkataan sahaja untuk membolehkan beruk itu memahami arahan yang diberikannya.

"Cikgu mengajar beruk dan kera ni payah dia bukan kata mudah payah kerana kita  garang, mengajar beruk ni tak boleh garang, kena sabar, biasanya ajar tu kita tengok keadaan dia, kalau lelah, kita berhenti, kalau nampak segar, kita ajar," katanay kepada Astro AWANI.

Beliau hanya menggunakan dua perkataan dialek Kelantan 'itu' dan 'pergi' bagi melatih beruk yang dihantar kepadanya oleh pemilik beruk yang bukan sahaja dari Kelantan, tetapi juga Pahang, Terengganu dan Perak.

Wan Ibrahim berkata beruk liar yang akan dijinaknya itu akan mengikuti dua peringkat pembelajaran iaitu kelas memulas peringkat permulaan dan kelas memanjat sebelum latihan sebenar iaitu memanjat dan memetik buah kelapa.

Kebiasaanya beruk atau kera yang di hantar liar dan beliau akan mengambil masa dua atau tiga hari untuk menjinakkannya.

Katanya, tempoh pembelajaran bergantung pada tahap penerimaan beruk tersebut iaitu antara tiga hingga 14 hari dan mengenakan bayaran sehingga RM200 bagi setiap ekor.

Katanya beliau tidak menetapkan tempoh masa untuk mengajar beruk namun kebiasaannya mengambil masa lapan jam sehari untuk mengajar.

Beruk-beruk yang mahir ini mampu memetik kira-kira 500 biji sehari yang dapat memberikan pendapatan sekitar RM100 pada pemilik yang mengambil upah memetik kelapa.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata antara cabaran mengajar mamalia ini, ialah beliau pernah digigit beberapa kali, namun ianya bukan kecederaan serius walaupun kebanyakan beruk yang dihantar kepadanya adalah berumur antara lima hingga enam tahun dan yang masih liar dan agresif.

Wan Ibrahim berkata isterinya, Rogayah Ibrahim, 48, terpaksa memasak makanan untuk beruk ini setiap hari iaitu kira-kira sekilo beras untuk makan pagi dan petang.

Beliau menjelaskan kesemua anaknya tidak berminat untuk menjadi guru atau pelatih kepada beruk berkenaan.

astroawani


Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini