Perceraian Bekas Sultanah Johor bersama Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Tidak Sah?

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar) memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah hari ini untuk mengenepikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikannya.
Beliau memohon keputusan mahkamah bahawa beliau telah diceraikan pada 23 Januari 2009 dan rujuk seminggu kemudian adalah tidak sah.
Dalam afidavit menyokong permohonan yang difailkan hari ini, dia mendakwa jabatan kerajaan Johor khasnya pejabat agama  telah disalahgunakan untuk memalukan beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.
Tuanku Zanariah berkata, bekas sultan tidak pernah membuat permohonan penceraian itu, dan beliau bersama bekas sultan hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dalam keadaan aman dan harmoni sehinggalah sultan mangkat pada 22 Januari 2010.

Dalam kes asal, Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif manakala Tuanku Zanariah sebagai responden yang bermakna bekas sultan itu yang mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
Bagaimanapun, Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan atau diserahkan sebarang surat prosiding mahkamah itu dan hanya mengetahui mengenainya pada 30 September 2013 melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin.
"Daripada surat mufti, ia menunjukkan Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menyalahgunakan kuasa pada 6 Ogos 2010 bahawa Sultan Iskandar dan Tuanku Zanariah telah bercerai, dan rujuk oleh almarhum adalah tidak sah," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Tuanku Zanariah.
Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014.Ekoran keputusan mahkamah itu, Tuanku Zanariah berkata, bekas Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010 telah menulis surat kepadanya dan menarik gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah".
Beliau juga berkata, dia tidak pernah dimaklumkan mengenainya dan hanya tahu melalui surat mufti, tiga tahun kemudian.

"Ketidakadilan yang jelas telah dilakukan oleh pelbagai organisasi kerajaan negeri  khasnya pihak berkuasa agama," katanya dengan menambah saman ini dibuat untuk membersihkan nama baiknya serta Almarhum Sultan Iskandar, dimana reputasinya telah turut tercemar "tetapi telah tiada untuk mempertahankan diri."

Permohonan difailkan kira-kira jam 10.30 pagi hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Syariah Johor Bahru.
Tuanku Zanariah tidak hadir tetapi diwakili oleh peguamnya, peguam syarie Afshah Arifin dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.
Kes telah ditetapkan pada 20 Januari untuk sebutan.
Di luar mahkamah, anak perempuan bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Iskandar berkata, dia sangat kesal dengan cara bondanya dilayan seolah-olah menggambarkan keluarganya "hidup dalam berdosa". 
"Ibu saya bukan wanita jenis itu dan saya berharap kami akan mendapat keadilan," katanya kepada wartawan. – 1 Januari 2014.

Ulasan

  1. Macam mana perkara ini boleh terjadi ya. Hairan-hairan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!